PERNIAGAAN JAHITAN

Latar belakang

Pn Saadiah merupakan seorang surirumah yang mempunyai 5 orang anak dan suaminya bekerja di sektor swasta. Beliau telah menjalankan perniagaaan jahitan di rumah untuk meningkatkan pendapatan keluarga sejak tahun 2012. Perniagaan jahitan beliau telah di label dengan nama Diezan Collection. Beliau juga pernah mengikuti kursus-kursus jahitan antaranya Kursus Jahitan Tudung 2012 di Kolej Komuniti Tanjung Piai, Kursus Jahitan Kemeja dan Skirt 2015 di KKBN dan Kursus Transformasi Usahawan Jaya 2014 anjuran Jabatan Pertanian Johor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Kebanyakan tempahan jahitan diterima daripada kenalan sahabat dan keluarga yang terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh Puan Saadiah di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang samada secara langsung atau melalui hasil usaha kendiri. Beliau telah memasarkan perniagaannya menggunakan media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp. Hasilnya perniagaannya telah dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan beliau juga lebih berkemahiran dalam mengggunakan ICT dalam memasarkan perniagaan jahitan belai. Kini anggaran pendapatan kasar bulanan sekitar RM 1,200.

   

PERNIAGAAN RESTORAN MAKANAN PAGI DAN TENGAHARI

    Nama           : Rosniza Binti Embok Dua

    Umur           : 38 Tahun

    Ahli              : 19 Ogos 2016

 

Latar belakang

Pn Rosniza Binti Embok Dua menjalankan perniagaan restoran makanan bersama suaminya di Jelutong Ayer Baloi berdekatan dengan MRSM Pontian. Beliau yang mempunyai tiga orang cahaya mata telah mengusahakan perniagaan restoran makanan ini pada awal tahun 2017. Pada awalnya beliau mengusahakan pelbagai makanan pagi seperti mee bandung udang, mee bandung ketam dan nasi lemak sambal udang. Di hadapan restoran beliau terdapat sebuah pokok cerry yang menjadi lambang kepada nama restoran beliau yang dikenali Restoran Pokok Cheery D’Jelutong.

Kini dengan perniagaan beliau telah berkembang dengan pelbagai menu masakan pagi dan tengahari untuk pelanggan. Dengan kedudukan retoran yang strategik di jalan utama Pontian ke Benut telah menarik minat dan memudahkan lagi pelanggan mencari lokasi restoran beliau. Antara menu pilihan pelanggan beliau ialah Nasi Beriani Gear Box dan Roti Tsunami. Restoran Pokok Cherry D’Jelutong telah memperkembangkan perniagaan dengan wujudnya Beriani Warisan Catering. Perniagaan catering beliau menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, rumah terbuka dan lain-lain majlis keramaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan Restoran Pokok Cheery D’Jelutong adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh Pn Rosniza di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang samada secara langsung atau melalui hasil usaha kendiri. Hasilnya perniagaannya telah dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan beliau juga lebih berkemahiran dalam mengggunakan ICT dalam memasarkan perniagaan mereka. Kini anggaran pendapatan kasar bulanan sekitar RM 2,000 ke RM 3,000.

 

  

PERNIAGAAN MAKANAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

 

   Nama       : Siti Khuzaimah Binti A.Raman

   Umur       : 34 Tahun

   Ahli          : 19 Ogos 2016

 

Latar Belakang

Puan Siti Khuzaimah Binti A. Raman merupakan seorang surirumah berusia 34 tahun, mempunyai 3 orang anak lelaki & seorang anak perempuan telah berkahwin dengan En Zainal Abidin Bin Nathuhar yang bekerja sebagai kerani di Pejabat Peladang Ayer Baloi. Mula menjalankan perniagaan menjual makanan secara atas talian (online) seperti kuih, kek, biskut, meatball serta menerima tempahan makanan untuk majlis jamuan pagi, teghari & malam. Puan Khuzaimah yang mempunyai hobi memasak telah menjadikan  hobi beliau ini sebagai sumber pendapatan bagi membantu suami menampung kos sara hidup mereka sekeluarga.  Beliau turut mengikuti pelbagai kelas masakan seperti kelas membuat roti, kek, biskut dan sebagainya. 

Mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan tempahan makanan secara atas talian dengan rakan-rakan kenalan beliau & suami.  Selain sokongan dari suami, Puan Khuzaimah turut mendapatkan bantuan dari agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mengembangkan perniagaan tempahan makanan atas talian apabila mula mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakan-rakan dan penduduk kampung.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum Pn Khuzaimah mahir menggunakan media sosial  seperti facebook & whatsapp, pendapatan bulanannya adalah tidak menentu kerana hanya menerima tempahan melalui pesanan dari saudara mara, rakan-rakan & penduduk kampung sahaja. 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Dengan penglibatan Pn Khuzaimah bersama Pusat Internet Kg Pulai Sebatang samada secara langsung atau melalui usaha beliau sendiri telah mula menampakkan hasil apabila beliau telah mula menggunakan sosial media terutamanya di facebook dan whatsapp bagi mendapatkan tempahan makanan. Terdapat peningkatan pendapatan yang  positif selepas beliau menggunakan sosial media. Kini pendapatan bulanan kasar beliau setelah menggunakan sosial media adalah sekitar RM 600 hingga RM 1,000.

  

    Nama           : Muhammad Deba Bin Barhom

    Umur           : 18 Tahun

    Ahli              : 26 Mac 2013

 

Latar Belakang

Adik Muhammad Deba berusia 18 tahun dan masih menuntut di Kolej Tingkatan Enam Pontian.Mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak sulung. Ayahnya bekerja sebagai seorang pemandu lori dan ibunya bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dilahirkan dari keluarga yang berpendapatan sederhana menyebabkan Muhammad Deba seringkali mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dimana beliau memerlukan penggunaan komputer dan internet. Sejak beliau menjadi ahli PI Kg Pulai Sebatang beliau mula menggunakan segala kemudahan yang terdapat disini seperti kemudahan komputer dan internet serta tempat pembelajaran yang kondusif.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhammad Deba seorang yang sangat aktif dan kerap kali menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI. Beliau banyak mengikuti kelas ICT dan juga turut terlibat dalam program-program seperti Dashboard Komuniti, Hari Bersama Komuniti, Klik Dengan Bijak dan sebagainya.

Hasil tunjuk ajar dari petugas PI telah banyak membantu beliau mempelajari asas komputer dan melayari internet dengan lebih mendalam lagi. Sejak dari sekolah menengah hingga kini di Kolej Tingkatan Enam, beliau turut menggunakan PI sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan terutama berkaitan kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet.

  

 

PERNIAGAAN TANAMAN PISANG DAN SAYURAN

   Nama       : Muhammad Fadzly Bin Zulkeplee

   Umur       27 Tahun

   Ahli          : 08 Mei 2018

 

Latar belakang

En. Muhammad Fadzly Bin Zulkeplee merupakan seorang anak muda daripada 5 orang adik beradik. Beliau seorang lepasan Diploma Manufacturing Engineering (Tool & Die Design) di TATI University College, Terengganu. Pada tahun 2017 keluarga beliau telah berpindah ke kampung halaman di kampung Pulai Sebatang daripada Johor Bahru setelah bapanya berpencen.

Beliau juga seorang anak muda yang berwawasan dalam merencanakan kerjaya beliau dengan menyertai kursus-kursus keusahawanan seperti TUBE 5.0 (Tunas Usahawan Belia Bumiputera) anjuran SME Corporation Malaysia pada Mac 2018 dan kursus Microenterprise Digital pada Julai 2018. Kursus-kursus yang disertai telah banyak memberi ilmu-ilmu perniagaan dan pemberian geran telah membakar iltizam beliau untuk terus mengorak langkah dalam perniagaan yang bakal diusahakan beliau.

Pada mulanya saudara Fadzly memulakan tanaman kecil-kecilan di sekitar kawasan rumah sebagai hobi kini telah bertukar menjadi kerjaya. Sejak berpindah ke kampung beliau memulakan perniagaan tanaman pisang di atas tanah keluarga seluas 1.5 ekar. Tanaman ini telah diusahakan pada bulan April 2018 dengan membersihkan dan meracun kawasan yang sudah lama terbiar. Di kawasan tanah itu juga diselang selikan dengan tanaman sayur-sayuran seperti serai, kangkung dan bayam. Kini tanaman pisang dan sayur-sayuran beliau telah diusahakan di atas tanah seluas 4.5 ekar.

Kebanyakan hasil tanaman saudara Fadzly di jual ke kedai-kedai runcit sekitar Pontian. Manakala promosi yang dilakukan samada secara online mahupun offline. Beliau juga melakukan strategi pemasaran yang berbeza iaitu projek derma pisang ke masjid-masjid melalui penderma-penderma yang membeli pisang beliau dan terus di hantar atau di dermakan ke masjid-masjid yang terpilih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan perniagaan saudara Fadzly tidak menentu sebelum menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh En. Muhammad Fadzly di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang atau kursus-kursus keusahawanan melalui agensi kerajaan. Hasilnya perniagaannya telah dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan beliau juga lebih berkemahiran dalam mengggunakan ICT dalam memasarkan perniagaan tanaman pisang dan sayur-sayuran. Kini anggaran pendapatan kasar bulanan melebihi RM 2,000.