Latar Belakang

Puan Hazahismah Binti Ismail merupakan seorang yang berkeluarga dan menetap di Kg Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian. Hasil perkahwinan dengan suaminya mereka mempunyai 6 orang cahaya mata. Pada mulanya, beliau menjalankan perniagaan untuk mengisi masa lapang yang terluang dengan menjualkan makanan seperti nasi campur, kuih-muih dan pelbagai jenis makanan. Puan Hazahismah telah mempelbagaikan perniagaan dengan menjadi pengedar rasmi bagi produk C&H Air Freshner. Dengan bantuan agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dapat membantu beliau untuk pinjaman modal perniagaan yang mendapat sambutan menggalakan dari pelangggan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Pendapatan kasar bulanan sekitar RM 800.00 ke RM 1,200.00

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh Puan Hazahismah di Pi1M Kg Pulai Sebatang dan juga pembelajaran kendiri telah mempertingkatkan hasil perniagaan beliau. Puan Hazahsimah telah menggunakan medium ICT dengan kemampuan yang ada seperti melalui facebook dan whatsapp untuk memasarkan produk perniagaan beliau. https://www.facebook.com/hazahismah.ismail

Apa Yang Dipelajari Melalui PI1M

-       Puan Hazashimah telah mengikuti kelas latihan asas keusahawanan seperti Kelas Keushawanan Online iaitu taklimat memasarkan produk menggunakan aplikasi Myshop.

-       Beliau juga mengikuti program kecil Dashboard Komuniti yang dianjurkan Pi1M Kg Pulai Sebatang pada 19/08/2016

 

Bagaimana PI1M Membantu Perkembangan Perniagaan/Peningkatan Tahap Kemahiran ICT

-       Dengan pelbagai anjuran program dan kelas ICT kepada usahawan kecil dapat membantu dan  memajukan diri dalam perniagaan masing-masing

-       Memberi tunjuk ajar atau khidmat nasihat untuk mempelbagaikan cara pemasaran di atas talian.

 

 

 

Memiliki minat dalam bidang fotografi telah membuka langkah kepada Tn Hj Mohd Buhari Bin Bachok @ Mohd Yunus untuk memulakan perniagaan perkhidmatan fotografi dengan menubuhkan Syarikat Pulai’s Video. Sebagai langkah pertama pada awal tahun 2012 beliau telah mempromosikan perniagaan beliau di Facebook, sambal mendapat tunjuk ajar petugas di Pusat Internet 1Malaysia Kg Pulai Sebatang.

Petugas Pusat Internet 1Malaysia telah memperkenalkan kepada beliau Program ‘Get Malaysian Business Online’ (GMBO) bagi membolehkan perniagaan beliau memuat naik maklumat perniagaan dilaman web yang telah disediakan seterusnya mempromosikan dan memasarkan perniagaan secara online.

Dengan adanya program GMBO ini beliau telah memiliki laman web perniagaan yang lebih efektif dalam pemasaran. Hasilnya jumlah permintaan untuk perkhidmatan videografi meningkat dan seterusnya turut menambah pendapatan beliau. Jika sebelum ini beliau hanya memperolehi RM6,500 sebulan secara kasar, kini pendapatan beliau boleh mencecah sehingga RM12,500 sebulan. Pendapatan beliau lebih meningkat apabila tibanya musim cuti persekolahan kerana lebih banyak majlis yang berlangsung yang memerlukan perkhidmatan fotografi beliau.

Perkhidmatan fotografi Hj Mohd Buhari boleh melayari laman web di : www.pulaisvideo.com & https://www.facebook.com/pulais.videos