Latar Belakang

Cikgu Norhayati merupakan seorang Pemaju Masyarakat TBK (Guru Tadika) Prt Hj Abd Karim, Ayer Baloi dan telah berkhidmat mengajar selama 3 tahun di Tadika KEMAS Prt Hj Abd Karim. Berkelulusan dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Institut Perguruan Tun Hussin Onn (IPTHO), Batu Pahat dan memulakan kerjaya sebagai guru tadika pada tahun 1999. Anak ke 2 dari 5 orang adik beradik Seorang yang sentiasa bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti kumpulan Yassin Prt Hj Abd Karim, Ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan ahli Kesatuan Kakitangan KEMAS Semenanjung Malaysia (KESATRIA) Daerah Pontian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cikgu Norhayati mula mendaftar menjadi ahli Pusat Internet (PI) Kg Pulai Sebatang pada 21 November 2009. Sejak menjadi ahli PI beliau sering datang mendapatkan tunjuk ajar dari petugas cara-cara bagaimana menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terutama sekali kepada pelajar-pelajar beliau. Mengakui kurang berkemahiran dalam menggunakan komputer dan internet telah mendorong beliau datang ke PI untuk mempelajari penggunaan MS Word, MS Excel serta penggunaan mengakses internet. Beliau sedar pada masa kini mempelajari penggunaan komputer amat penting dalam mendidik pelajar-pelajar beliau walaupun mereka masih lagi kanak-kanak tadika. Beliau juga secara tidak langsung menggunakan peluang mempelajari bidang ICT yang diadakan secara percuma.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tugas beliau sebagai seorang pendidik di tadika KEMAS memerlukan kemahiran serta teknik-teknik untuk mengajar kanak-kanak diawal persekolahan mereka. Beliau sering merujuk kepada petugas-petugas PI Kg Pulai Sebatang untuk mendapatkan maklumat berkaitan teknik-teknik pengajaran yang lebih berkesan. Cikgu Norhayati lebih kerap datang ke PI untuk mendapatkan tunjuk ajar dan mendalami lagi bidang ICT dari petugas PI terutama sekali mengakses internet memandangkan pada masa kini sistem ‘online’ lebih banyak digunakan dalam pentadbiran kerajaan. Beliau dapat mengakses internet bagi mencari bahan pembelajaran untuk pelajar-pelajar bagi meningkatkan lagi prestasi akademik mereka disamping dapat menyelesaikan tugasan-tugasan beliau sebagai seorang pendidik kanak-kanak pra persekolahan. Beliau juga turut menggunakan kemudahan di PI seperti mencetak dokuman, fotostat, mengimbas dokuman dan sebagainya.

PERNIAGAAN KATERING AISKRIM DAN TEMPAHAN HADIAH “BOUQUET”

    Nama          : Siti Norhairizan Binti Ahmad Razali

    Umur          : 43 Tahun

    Ahli             : 14 April 2019

 

Latar belakang

Puan Siti Norhairizan Binti Ahmad Razali berusia 43 tahun telah mula menjalankan perniagaan katering aiskrim pada tahun 2016 bagi membantu suami menampung kos sara hidup beliau sekeluarga. Beliau juga seorang surirumah yang mempunyai seramai 4 orang anak. Selain sokongan dari suami, puan Siti Norhairizan juga turut mendapatkan bantuan dari agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) apabila perniagaan beliau mula mendapat sambutan yang menggalakan dari pelanggan.

Perniagaan aiskrim katering Puan Siti Norhairizan dikenali dengan jenama IzanNuri Aiskrim Katering yang menyediakan pelbagai perisa aiskrim dalam bentuk kon dengan harga yang berpatutan mengikut kadar tempahan pelanggan. Beliau juga ada menerima tempahan katering makanan dan minuman untuk majlis kecil-kecilan seperti majlis harijadi yang menyediakan aiskrim, sandwich, roti jala dan minuman.

Satu lagi cabang perniagaan Puan Siti Norhairizan adalah menerima tempahan membuat hadiah “bouquet” untuk majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis graduasi sekolah ataupun universiti dan lain-lain majlis. Harga hadiah adalah bergantung kepada jenis hadiah dan kawasan penghantaran pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Beliau menerima tempahan hanya melalui pesanan dari saudara mara & rakan-rakan sahaja. Pendapatan kasar bulanan beliau adalah sekitar RM 400 hingga RM 600.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Siti Norhairizan telah mula mempelajari menggunakan sosial media terutamanya di facebook dengan membina facebook page dengan nama Izannuri Aiskrim bagi memasarkan produk perniagaannya. Terdapat peningkatan pendapatan yang positif selepas beliau menggunakan sosial media. Kini pendapatan bulanan kasar beliau setelah menggunakan sosial media adalah sekitar RM 900 hingga RM 1,500.

 

 

 

    Nama           : Nurul Akmaliza Binti Md Yatim

    Umur          : 16 Tahun

    Ahli              : 22 Feb 2019

 

 

Latar Belakang

Nurul Akmaliza Binti Md Yatim merupakan seorang pelajar di tingkatan empat di SMK Ayer Baloi, Pontian. Beliau merupakan anak ketiga dairpada 5 adik beradik. Bapanya pula bekerja sebagai pemandu lori dan emaknya seorang suri rumah. Beliau dan sekeluarga menetap di Kg Parit Dato Onn, Pulai Sebatang, Pontian, Johor. Nurul Akmaliza juga mempunyai sifat yang positif dalam bidang pelajaran dan juga luar kelas kerana beliau rajin dan berdedikasi dalam sesuatu yang dilakukan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli pusat Internet Kg Pulai Sebatang Nurul Akmaliza seorang pelajar yang kurang pendedahan dalam bidang ICT. Ini disebabkan keluarganya yang berpendapatan sederhana tidak membolehkan beliau mengikuti latihan komputer di luar yang mengenakan kadar bayaran yang tinggi. Beliau hanya dapat menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurul Akmaliza mula menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang pada 22 Februari 2019. Beliau mendaftar kerana mengetahui di Pusat Internet menyediakan perkhidmatan kursus-kursus ICT yang bersesuaian untuk keperluan beliau memajukan diri dalam ilmu-ilmu ICT. Sejak dari itu beliau bersama sahabatnya Nur Fazwina yang juga seorang pelajar tingkatan 4 kerap kali mengikuti kelas-kelas ICT di PI Kg Pulai Sebatang bagi mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Nurul Akmaliza antara pelajar teraktif dalam menghadiri kelas-kelas ICT kerana hampir 25 kali kelas beliau telah hadiri dalam pelbagai kursus ICT. Beliau menghadiri kelas ICT bermula dari bulan Februari hingga ke bulan Ogos 2019. Manakala pada bulan September hingga Oktober, beliau menangguhkan sebentar pembelajaran di Pusat Internet kerana untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan akhir tahun yang akan diambil pada penghujung bulan Oktober ini. Selepas daripada peperiksaan akhir tahun beliau akan menyambung kembali latihan-latihan ICT di Pusat Internet.

Begitulah komitmen dan keinginan tinggi yang lahir dalam diri beliau untuk terus mencari ilmu-ilmu ICT. Ini kerana beliau sedar peluang untuk mengikuti latihan-latihan ICT secara percuma di PI Kg Pulai Sebatang tidak akan ada seperti yang ditawarkan di tempat-tempat lain dengan yuran yang tinggi. Akan datang beliau akan mengikuti latihan perisian Solid Edge untuk kegunaan subjek Reka Cipta tingkatan 4 & 5. Kini, beliau telah mahir dalam menyiapkan segala tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan ICT. Bahkan beliau juga diberi pinjaman netbook dari Pusat Internet untuk memudahkan beliau meyiapkan tugasan-tugasan sekolah.

PERNIAGAAN MAKANAN

    Nama          : Norlinah Binti A. Jalil  

    Umur          : 32 Tahun

    Ahli             : 14 April 2019

 

Latar belakang

Puan Norlinah Binti Ab Jalil berusia 32 tahun telah mula menjalankan perniagaan menjual makanan secara kecil-kecilan bagi membantu suami menampung kos sara hidup beliau sekeluarga. Beliau pada awalnya hanyalah seorang surirumah yang menguruskan seramai 3 orang yang masih kecil. Kini beliau telah mula berjinak-jinak dengan perniagaan menjual pelbagai jenis makanan di warong kecil tepi jalan berhampiran dengan rumah beliau. Selain sokongan dari suami, puan Norinah juga turut mendapatkan bantuan dari agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) apabila perniagaan beliau mula mendapat sambutan yang menggalakan dari pelanggan. Beliau turut menerima tempahan dari luar seperti pavlova, sandwich telur, ais cream yogurt, creampuff vanila/coklat/strawberry dan berjenis-jenis kuih lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Beliau menerima tempahan hanya melalui pesanan dari saudara mara & rakan-rakan sahaja. Pendapatan kasar bulanan beliau adalah sekitar RM 200 hingga RM 400.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Norlinah telah mula mempelajari menggunakan sosial media terutamanya di facebook dan whatsapp bagi memasarkan produk perniagaannya. Terdapat peningkatan pendapatan yang positif selepas beliau menggunakan sosial media. Kini pendapatan bulanan kasar beliau setelah menggunakan sosial media adalah sekitar RM 600 hingga RM 1,000.

 

    Nama          : Siti Johara Binti Shahbana

    Umur          : 46 Tahun

    Ahli            : 26/03/2018

 

Latar belakang 

Puan Siti Johara Binti Shahbana telah menjalankan perniagaan makanan ringan bermula sekitar tahun 2017 secara kecil-kecilan. Perniagaan ini diusahakan dirumah yang terletak di Taman Saujana Pontian. Beliau pada awalnya hanyalah seorang surirumah demi untuk menampung kos kehidupan keluarga, Puan Johara telah berjinak-jinak dalam perniagaan makanan ringan seperti air batu malaysia, kek cheese colat dan meatball loaded.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum memasarkan perniagaan melalui medium internet atau ICT

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah memasarkan perniagaan di sosial media terutamanya di facebook dan whatsapp terdapat peningkatan pendapatan yang positif. Kini pendapatan bulanan kasar setelah menggunakan sosial media adalah sekitar RM 1,500 hingga RM 2,000.