PERNIAGAAN PERKONGSIAN - MENJUAL BUKU SOLAT KANAK-KANAK DAN PRODUK KESIHATAN

 

    Nama          : Nor Azleen Binti Omar

    Umur          : 38 Tahun

    Ahli             : 18/11/2017

 

 

Latar Belakang

Pn Nor Azleen Binti Omar menjalankan perniagaan menjual buku solat kanak-kanak dan produk kesihatan bersama suaminya En Junaidi Bin Shaari. Latarbelakang pendidikan pula Pn Nor Azleen adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, UTM dan suaminya pula memiliki Ijazah Kejuruteraan Elektrikal, UTM. Perniagaan yang diusahakan telah bermula pada 10 Julai 2017 dengan menghasilkan sebuah buku solat kanak-kanak terbitan syarikat mereka iaitu AJ Mercu. Buku solat kanak-kanak yang diterbitkan ini diberi judul “Cabaran 30 Hari Solat Penuh” adalah sangat sesuai buat kanak-kanak dari usia 4 hingga 12 tahun. Kandungan buku ini penuh dengan warna-warni dan bermotivasi ke arah mendidik anak-anak menjaga solat sebagai kewajipan.

Selain itu juga Pn Nor Azleen menjalankan perniagaan jualan produk kesihatan bermula pada 17 Oktober 2018. Produk kesihatan yang diniagakan ialah “I-Sasakha Moisturizer” yang diformulasikan khas untuk menyelesaikan masalah kulit jerawat, berminyak dan sensitif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan syarikat AJ Mercu adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh Pn Nor Azleen di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang samada secara langsung atau melalui hasil usaha kendiri. Hasilnya perniagaannya telah dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan beliau juga lebih berkemahiran dalam mengggunakan ICT dalam memasarkan perniagaan mereka. Kini anggaran pendapatan kasar bulanan sekitar RM 2,000 ke RM 3,000.