Kelas Fardu Ain Untuk Muslimah akan diadakan pada setiap hari Selasa sepanjang bulan Januari ini. Semua Muslimah Kg Pulai Sebatang dijemput hadir bagi mengikuti kelas Fardu Ain yang diadakan di Masjid Jamek Pulai Sebatang. Semoga ilmu yang dipelajari akan memberi manafaat dan panduan hidup kita semua. 

 

 

 

 

Wanita Kg Pulai Sebatang ini terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada anjuran daripada pergerakan itu sendiri atau acara yang melibatkan masyarakat setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah : 

  1. Sambutan MauludNabi 1436H/2015
  2. Membudayakan Al Quran
  3. Marhaban Beramai-ramai
  4. Gotong Royong Perdana