Biocafe Station "Makanan Sihat Anda" menghidangkn makanan yg halal berasaskan Organik beroperasi di Jalan Penghulu Tandang, Kg. Pulai Sebatang, 82100 Ayer Baloi, Pontian (berdepan dengan Lorong Asrama KKBN 200m ke dalam) dibuka dari jam 5ptg-11mlm (Tutup - Selasa). Boleh menghubungi pemiliknya, Sheikh Paiman Salleh dan isteri, Siti Mardiana Badaruddin. Tel No : 013-3307211 @ layari laman web https://www.facebook.com/Biocafe-Station-Pontian

Makanan organik dikategori sebagai makanan pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan kerana tidak menggunakan bahan kimia dalam proses penghasilannya termasuklah suntikan hormon, racun perosak, baja sintetik dan teknologi organisma terubah genetik atau GMO.

Mungkin ada yang menganggap makanan berkhasiat tidak enak. Namun bagi mereka yang pernah berkunjung ke situ, pastinya ingin kembali kerana hidangannya tidak kalah dari segi rasa.

 

 

           Coconut Shake Kg Pulai Sebatang atau lebih dikenali sebagai Warung Bilal dipunyai oleh Tuan Hj Zainudin Bin Hj Talib. Di buka dari jam 2.00ptg – 6.30ptg. Berhadapan dengan Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) Pulai Sebatang. Diusahakan bersama isteri & anak perempuan beliau. Selain terkenal dengan minuman coconut shake yang sekarang ini menjadi kesukaan ramai, warong ini juga turut menjual Goreng Pisang & Nasi Ayam. Merupakan salah satu tarikan makanan santai petang penduduk Kg Pulai Sebatang dan pelajar-pelajar KKBN. 

Fawwaz Laziizun merupakan kedai kek yang telah diusahakan oleh Pn Padilah Bt Hj Senor. Terletak di Pekan Kg Jawa, Pulai Sebatang, 82100 Ayer Baloi, Pontian. Merupak salah seorang pakar membuat kek & pastri yang terkenal di sekitar Kg Pulai Sebatang khususnya & di daerah Pontian amnya.

Banyak menerima tempahan kek perkahwinan, kek harijadi & bermacam jenis kek lagi, Pn Padilah juga menerima tempahan membuat berjenis-jenis roti yang ditempah dikalangan orang perseorangan ataupun secara berkumpulan.

Mereka yang berminat untuk menempah kek & roti yang diusahakan oleh Pn Padilah boleh melayari laman facebook https://www.facebook.com/fawwaz.laziizun kerana beliau telah mula memperkenalkan perniagaannya disekitar daerah Pontian.