Coconut Shake Kg Pulai Sebatang atau lebih dikenali sebagai Warung Bilal dipunyai oleh Tuan Hj Zainudin Bin Hj Talib. Di buka dari jam 2.00ptg – 6.30ptg. Berhadapan dengan Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) Pulai Sebatang. Diusahakan bersama isteri & anak perempuan beliau. Selain terkenal dengan minuman coconut shake yang sekarang ini menjadi kesukaan ramai, warong ini juga turut menjual Goreng Pisang & Nasi Ayam. Merupakan salah satu tarikan makanan santai petang penduduk Kg Pulai Sebatang dan pelajar-pelajar KKBN.