PERHATIAN!!!...


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 Feb hingga 1 Mac 2020 untuk segera menghubungi pejabat kesihatan daerah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah.

Mohon semua untuk memberikan kerjasama. Kita mampu mencegah penularan jangkitan COVID-19.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

 

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) telah bekerjasama untuk menganjurkan Pertandingan Video Pendek “Amalkan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU Peringkat Kebangsaan 2018” bertemakan Jom Amalkan Cara Hidup Sihat.

Turut dilampirkan poster pertandingan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati seperti pautan berikut: http://www.infosihat.gov.my/index.php/pengumuman/141-pertandingan-video-pendek-amalkan-cara-hidup-sihat-dalam-kalangan-orang-kurang-upaya-oku-peringkat-kebangsaan-2018

Terdapat 2 Klinik Kesihatan yang berdekatan bagi penduduk Kg Pulai Sebatang untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Klinik Kesihatan :                

Nama Klinik

Klinik Desa Pulai Sebatang,
Ayer Baloi,
Pontian 

Nombor Telefon

07-693 1397 

 

Nama Klinik

Klinik Kesihatan Ayer Baloi,
Ayer Baloi,
Pontian 

Nombor Telefon

07-6862690 

 

Program Jom Aktif & Sihat 2018 “Saya Sihat Keluarga Bahagia”

Tarikh : 4 OGOS 2018

Masa   : 7.30 PAGI – 12.30 TGHARI

Tempat : SJK © CHIEW HWA, KG JAWA, AYER BALOI

     

     

                                        

Pelbagai Acara telah dijalankan seperti :

Pameran & Pemeriksaan Kesihatan, Pertandingan Dessert Sihat, Pameran Kenali Ubat Anda, Pertandingan Mewarna Kanank-Kanak dsbnya.

 

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti Taska dan Tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk :

  • Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

  • Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

  • Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

  • Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

  • Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

  • Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.