Biocafe Station "Makanan Sihat Anda" menghidangkn makanan yg halal berasaskan Organik beroperasi di Jalan Penghulu Tandang, Kg. Pulai Sebatang, 82100 Ayer Baloi, Pontian (berdepan dengan Lorong Asrama KKBN 200m ke dalam) dibuka dari jam 5ptg-11mlm (Tutup - Selasa). Boleh menghubungi pemiliknya, Sheikh Paiman Salleh dan isteri, Siti Mardiana Badaruddin. Tel No : 013-3307211 @ layari laman web https://www.facebook.com/Biocafe-Station-Pontian
Makanan organik dikategori sebagai makanan pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan kerana tidak menggunakan bahan kimia dalam proses penghasilannya termasuklah suntikan hormon, racun perosak, baja sintetik dan teknologi organisma terubah genetik atau GMO.
Mungkin ada yang menganggap makanan berkhasiat tidak enak. Namun bagi mereka yang pernah berkunjung ke situ, pastinya ingin kembali kerana hidangannya tidak kalah dari segi rasa.