Nama           : Anita Binti Othman

    Umur           : 49 Tahun

    Ahli              : 30 Jun 2009

 

 

Latar Belakang

Pn Anita Binti Othman dilahirkan di Parit Wak Rabu, Pulai Sebatang pada 01 Feb 1970 Berusia 49 tahun. Merupakan pemegang Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Pernah bertugas sebagai Guru Sandaran di Sek Men Pasir Gudang & Pegawai Tadbir di Z & D Engineering, Batu Pahat. Selepas mendirikan rumahtangga dengan Mohd Nizam Bin Shamsuddin, beliau tidak bekerja lagi dan kini menumpukan sepenuh masa menjadi suri rumah disamping membantu suaminya seorang pengusaha ternakan lembu di Kg Pulai Sebatang. Anita mempunyai 4 orang anak yang terdiri 3 perempuan dan seorang lelaki.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semasa Pn Anita menuntut di UUM dan bekerja, beliau pernah menggunakan komputer dan internet untuk membuat segala kerja-kerja dan tugasan yang berkaitan untuk disiapkan. Penggunaan komputer dan internet pada masa dahulu agak terbatas dan kurang pendedahan dari dunia luar. Disebabkan kurangnya kemahiran dan pendedahan bidang ICT, beliau telah mengambil inisiatif untuk mendaftar sebagai ahli pusat Internet Kg Pulai Sebatang pada 30 Jun 2009 dengan bayaran hanya RM5.00 sahaja. Hampir 10 tahun beliau telah menjadi ahli PI Kg Pulai Sebatang dan telah banyak ilmu pengetahuan berkaitan komputer dan internet telah dipelajari di sini dengan dibantu oleh dua orang petugas PI Kg Pulai Sebatang. Pn Anita merasakan perlunya beliau mempelajari dan mendalami bidang ICT sejajar dengan perkembangan teknologi dan komunikasi digital pada abad ke-21. Walaupun beliau mempunyai kemahiran asas dalam bidang ICT tetapi beliau tetap cuba meluangkan masa untuk mendalami lagi penggunaan komputer dengan mengikuti latihan komputer di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang seperti Internet, MS Word, MS Excel dan MS Power Point bagi membantu anak-anak beliau menyiapkan tugasan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru mereka. Timbul kesedaran dalam diri beliau untuk mendapatkan khidmat tunjuk ajar dari petugas-petugas PI Kg Pulai Sebatang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Anita kerapkali berkunjung ke PI Kg Pulai Sebatang bagi mempelajari dan menimba ilmu penggunaan ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau yang turut terlibat dengan program-program seperti Hari Terbuka PI Kg Pulai Sebatang, Advokasi Klik Dengan Bijak, Program Dashboard Komuniti dan sebagainya. Beliau telah turut berkongsi kemahiran menggunakan komputer bersama dengan anak-anak. Dimana beliau turut membantu menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh guru-guru mereka. Pn Anita yang turut memegang beberapa jawatan penting di kampung iaitu Pengerusi TBK Kemas Pulai Sebatang, Biro Kewangan MPKK Pulai Sebatang, Setiausaha Koperasi Api-Api, AJK PIBG Sek Keb Pulai Sebatang dan AJK Badan Kebajikan Sek Agama Pulai Sebatang banyak memanafatkan penggunaan MS Word, MS Excel & MS Power Point dalam menyiapkan tugasannya. Beliau dapat menyiapkan surat-menyurat, minit mesyuarat, penyata akaun dan sebagainya mengikut kesesuaian masa tanpa banyak melakukan kesilapan dalam penggunaan komputer. Ini semua hasil dari tunjuk ajar ajar petugas PI Kg Pulai Sebatang dan kesungguhan beliau untuk mempelajari penggunaan komputer sejajar dengan keperluan teknologi masa kini.