Puan Normalatunnissa Binti Mesekan adalah seorang wanita yang mempunyai 2 orang anak manakala suaminya pula bekerja di sektor swasta. Beliau menjalankan perniagaan jahitan di rumah bermula pada tahun 2014 dan perniagaan jubah pula diusahakan bersama abangnya pada tahun 2018.

Pendapatan kasar bulanan dalam RM 500 – RM 600 semasa menjalankan perniagaan jahitan secara kecil-kecilan.

Hasil pendedahan melalui media sosial dan ICT yang diikuti di PI Kg Pulai Sebatang kini perniagaan jahitan dan jubah Puan Normala sedikit meningkat dengan anggaran pendapatan sekitar RM 1,000.

Dengan pelbagai anjuran program dan kelas ICT dapat memudahkan beliau sebagai usahawan kecil dalam menghasilkan dokumen perniagaan. Beliau mendapat tunjuk ajar atau khidmat nasihat untuk mempelbagaikan cara pemasaran di atas talian. Dapat membantu beliau memasarkan perniagaan di My Shop atau media social seperti https://www.facebook.com/JubahRepublik-1595326447370390/

  

 

En Nor Azman Bin Mustamar berusia 41 tahun dan merupakan seorang pekebun kecil yang mengambil upah mengerjakan penanaman kelapa sawit yang dipunyai oleh abang saudaranya seluas 3 ekar. Selain daripada mengerjakan kebun kelapa sawit beliau juga menjalankan kerja-kerja menanam sayur-sayuran seperti kacang panjang, terung dan sebagainya untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau telah berkahwin dengan Pn Norhayati Binti Abd Rahman dan mempunyai 5 orang anak yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. 

Selain pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang seperti penggunaan komputer dengan harga yang berpatutan, mencetak dokumen, fotostat dan sebagainya beliau juga seringkali mengikuti program-program yang dijalankan disini seperti Program Dashboard Komuniti, Pertandingan Dashboard Komuniti, Program Klik Dengan Bijak dan sebagainya..

En Nor Azman telah menggunakan kemudahan internet untuk mencari info-info penting dan mempelajari berkaitan pertanian memandangkan beliau seorang pekebun kelapa sawit. Kesibukan beliau menguruskan kebun telah memberi peluang kepada beliau untuk mengikuti perkembangan semasa dunia dan mendapatkan infomasi maklumat terkini dari dalam dan luar negeri yang boleh dijadikan sumber ilmu. Dengan kesungguhan beliau yang tidak jemu-jemu mencari info-info penting berkaitan pertanian telah membuahkan hasil apabila buat pertama kalinya beliau telah menyertai Pertandingan ‘Rular Business Challenge’ (RBC) peringkat Kebangsaan dibawah tajuk ‘Membuat Baja Dari Bahan Sisa-sisa Pertanian’ pada tahun 2016 oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan telah memenangi pertandingan tersebut. Berkat kesungguhaan dan minat beliau yang mendalam untuk mencari kaedah dan menambah baik pengurusan kebun kelapa sawit telah membuahkan hasil atas kejayaan yang telah beliau perolehi kini.  

  

Bersama sebahagian Pemenang Pertandingan ‘Rular Business Challenge’ (RBC) peringkat Kebangsaan

En. Ramli Bin Soib merupakan seorang yang memiliki kelebihan di dalam bidang berasaskan seni. Beliau telah lama melibatkan penghasilan kerja-kerja berasaskan seni hampir 30 tahun. Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan kemahiran yang dimiliki beliau sekitar tahun 2002, yang kini sudah berkembang dengan baik seperti mendapat projek membina replika nenas daripada FAMA untuk pameran MAHA 2016 di UPM, Selangor dan membina replika nenas untuk mercu tanda Pusat Perdagangan Pontian. Perniagaan beliau kini dikenali sebagai Pulai’s Art and Trading.

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh En Ramli di Pi1M Kg Pulai Sebatang samada secara langsung atau melalui hasil usaha kendiri. Hasilnya perniagaannya telah dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan beliau juga lebih berkemahiran dalam mengggunakan perisian-perisian yang bersesuaian untuk penghasilan kerja-kerja rekaan berasaskan seni.

   

Replika Nenas di 'Pineapple Festival' FAMA 2011                         Replika Nenas di MAHA 2017

  

Hiasan Pentas Program KKBN Pontian                              Backdrop Majlis Maulidur Rasul Masjid P.Sebatang

   

Promosi di Media Sosial :                                                                 Mural Art di SMK Ayer Baloi 2017 

https://www.facebook.com/ramli.pulaiart

Puan Rohani merupakan seorang usahawan yang telah menjalankan pelbagai perniagaan di awal perjalanan perniagaannya. Walaupun suaminya bekerja, beliau bertekad untuk menjalankan perniagaan kerana untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Di awal tahun 2018 beliau telah membina kedai makan di hadapan rumah beliau yang menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari.

Kedai makannya dikenali dengan nama Warung Kak Ani terletak dihadapan Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang, Pontian, Johor. Warung makannya menyediakan sarapan pagi seperti nasi lemak, roti canai, lontong dan kuih-muih. Manakala untuk makan tengahari disediakan pelbagai makanan kampung.

Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Pendapatan kasar bulanan sekitar RM 1,500 – 1,800.

Hasil pendapatan setelah menggunakan internet atau media sosial dalam mempromosikan warung makannya telah meningkatkan pendapatan bulanan yang di anggarkan sekitar RM 2,400 – RM 2,800.

  

                                      

  

  

Pada awalnya puan Sharina Bt Abdul Rahim merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan bermula pada pertengahan tahun 2016. Hasil sokongan keluarga, beliau menceburi bidang perniagaan makanan kerana ingin memajukan diri dan meningkatkan ekonomi keluarga. Perniagaan restoran makanan ini diusahakan bersama suaminya. Restoran makanan beliau menjual pelbagai makanan untuk sarapan pagi dan makanan tengahari.

Pendapatan kasar adalah sekitar RM 800 – RM 1,200 semasa di awal perniagaan dijalankan.

Melalui perkembangan teknologi ICT, Puan Sharina mengambil peluang tersebut untuk memasarkan perniagaan melalui internet yang kini pendapatan telah meningkat di sekitar RM 1,600 – RM 2,000