PERNIAGAAN KATERING AISKRIM DAN TEMPAHAN HADIAH “BOUQUET”

    Nama          : Siti Norhairizan Binti Ahmad Razali

    Umur          : 43 Tahun

    Ahli             : 14 April 2019

 

Latar belakang

Puan Siti Norhairizan Binti Ahmad Razali berusia 43 tahun telah mula menjalankan perniagaan katering aiskrim pada tahun 2016 bagi membantu suami menampung kos sara hidup beliau sekeluarga. Beliau juga seorang surirumah yang mempunyai seramai 4 orang anak. Selain sokongan dari suami, puan Siti Norhairizan juga turut mendapatkan bantuan dari agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) apabila perniagaan beliau mula mendapat sambutan yang menggalakan dari pelanggan.

Perniagaan aiskrim katering Puan Siti Norhairizan dikenali dengan jenama IzanNuri Aiskrim Katering yang menyediakan pelbagai perisa aiskrim dalam bentuk kon dengan harga yang berpatutan mengikut kadar tempahan pelanggan. Beliau juga ada menerima tempahan katering makanan dan minuman untuk majlis kecil-kecilan seperti majlis harijadi yang menyediakan aiskrim, sandwich, roti jala dan minuman.

Satu lagi cabang perniagaan Puan Siti Norhairizan adalah menerima tempahan membuat hadiah “bouquet” untuk majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis graduasi sekolah ataupun universiti dan lain-lain majlis. Harga hadiah adalah bergantung kepada jenis hadiah dan kawasan penghantaran pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Beliau menerima tempahan hanya melalui pesanan dari saudara mara & rakan-rakan sahaja. Pendapatan kasar bulanan beliau adalah sekitar RM 400 hingga RM 600.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Siti Norhairizan telah mula mempelajari menggunakan sosial media terutamanya di facebook dengan membina facebook page dengan nama Izannuri Aiskrim bagi memasarkan produk perniagaannya. Terdapat peningkatan pendapatan yang positif selepas beliau menggunakan sosial media. Kini pendapatan bulanan kasar beliau setelah menggunakan sosial media adalah sekitar RM 900 hingga RM 1,500.