Nor Fatihah merupakan pelajar Kolej tingkatan Enam Pontian yang telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang sejak 25 Feb 2016. Anak ke 5 daripada 6 orang adik beradik. Beliau dating dari keluarga yang kurang berkemampuan. Bapa beliau tidak bekerja disebabkan sudah uzur makala ibunya pula mengambil upah tempahan membuat burasak dan tempahan membuat kuih muih untuk jualan.

 Nor Fatihah merupakan seorang ahli PI Kg Pulai Sebatang yang sangat aktif dan sering hadir untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang. Sebelum menjadi ahli PI beliau tidak begitu mahir dalam penggunaan komputer memandangkan dirumah beliau, tiada komputer dan hanya mengharapkan pembelajaran komputer di sekolah sahaja. Beliau tidak mahir menggunakan MS Office seperti MS Word, MS Excel dan MS Power Point yang merupakan perisian asas dalam pengetahuan asas komputer.

 Semenjak Nor Fatihah menjadi ahli PI Kg Pulai Sebatang beliau melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PI Kg Pulai Sebatang seperti mengikuti latihan ICT dengan menghadiri kelas MS Word, MS Excel, MS Power Point, Baikpulih Komputer dan sebagainya. Beliau juga turut terlibat dengan program-program seperti Hari Terbuka PI Kg Pulai Sebatang, Advokasi Klik Dengan Bijak, Program Dashboard Komuniti dan sebagainya. Setelah menjadi ahli Pusat Internet Kg Pulai Sebatang pelbagai manafat dalam penggunaan perisian komputer yang telah dipelajari dan diperolehi bersama petugas-petugas di sini hasil dari tunjuk ajar mereka. Nor Fatihah menggunakan sebaik-baik peluang mendalami bidang ICT dengan mempelajari & mengikuti setiap aktiviti-aktivti yang dijalankan di PI Kg Pulai Sebatang dan telah beberapa kali memenangi hadiah dalam pertandingan seperti Saguhati Kuiz Dashboard Komuniti sesi ke 2( Julai-Sept 2018), Kuiz Kahoot, Kuiz KDB dan sebagainya.

 

Saudari Noor Hidayah adalah seorang graduan UTM Skudai dalam bidang “Landscape Architecture”. Sebelum mengusahakan perniagaan sendiri, saudari Noor Hidayah pernah bekerja sebagai “Landscape Architect” di Tropics Design selama 4 tahun. Kemudian barulah, beliau memulakan perniagaannya sebagai pereka grafik pada penghujung tahun 2015. Premis perniagaan beliau terletak di No. 2, Pusat Perniagaan Peladang, Batu 29, Pengkalan Raja, Pontian, Johor. Selain daripada itu, beliau turut membantu memasarkan perniagaan kerepek pisang tanduk ibunya yang terletak di Kg Seri Bunian.

Perniagaan saudari Noor Hidayah dikenali dengan nama Agrografik menyediakan servis grafik seperti:

Poster untuk WhatsApp

Poster untuk Instagram

Iklan Online

Iklan Facebook

Makluman Seminar

Poster Motivasi

Invitation E-Card

Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum memasarkan perniagaan melalui medium internet.

Setelah memasarkan produk perniagaan di sosial media terutamanya di facebook dan instagram peningkatan permintaan menghasilkan kerja-kerja mereka grafik adalah positif. Kini pendapatan bulanan kasar setelah menggunakan sosial media adalah sekitar RM 3,000 ke RM 3,500.

Mohd Nazrin Bin Hamran telah dilahirkan pada 5 Ogos 1999 dan kini berusia 19 tahun. Ketika ini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian.

Merupakan anak ke 3 daripada 3 orang adik beradik dan dari keluarga yang sederhana hidupnya. Ibubapanya berkerja sebagai Kakitangan Pembersihana di Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi. Bercita-cita ingin menjadi seorang Jurutera yang berjaya bagi membantu meringankan beban keluarganya.

Pada 19 April 2010 ketika berusia 12 tahun lagi Mohd Nazrin telah menjadi ahli Pusat Internet Kg Pulai Sebatang memandangkan pada masa itu beliau mula belajar asas menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru-gurunya bagi menghadapi peperiksaan UPSR ketika itu. Ketika beliau di sekolah menengah pula tanpa rasa segan, beliau yang tidak mahir penggunaan komputer dan internet telah mengambil kesempatan untuk mempelajari dan mendalami asas kemahiran menggunakan komputer dengan mendapatkan tunjuk ajar dari En Fawzi & Pn Asiah selaku petugas di PI Kg Pulai Sebatang. Beliau mula mengikuti kelas-kelas latihan ICT yang turut disediakan di PI Kg Pulai Sebatang ini secara percuma seperti MS Word, MS Excel, MS Power Point, Photoshop dan sebagainya.

Dengan kemahiran yang telah diperolehi hasil tunjuk ajar petugas PI Kg Pulai Sebatang telah memudahkan Mohd Nazrin menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru seperti kerja kursus dan pembentangan kerja kursus dengan menggunakan MS Word dan MS Power Point yang telah dipelajarinya di PI Kg Pulai Sebatang. Berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dalam pembelajaran dengan rakan-rakan sekolah dengan hanya menggunakan komputer serta melayari internet secara tidak langsung juga telah dapat meningkatkan prestasi pelajaran beliau di sekolah hingga mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan SPM yang lalu. Terdapat banyak infomasi dan maklumat terkini yang boleh beliau perolehi dan dijadikan sumber ilmu hanya menggunakan komputer dan internet.

Banyak kemudahan dan kelebihan seperti pembelajaran ICT secara percuma, mencetak dokumen dengan harga yang murah dan sebagainya yang beliau dapat gunakan di PI Kg Pulai Sebatang ini memandangkan beliau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Ini mendorong beliau untuk lebih bersungguh-sungguh mempelajari ilmu ICT agar beliau menjadi generasi celik IT.

   

En. Mohd Afif Bin M. As’ari merupakan seorang graduan yang memiliki diploma dari UTM Skudai, Johor. Beliau telah mengusahakan Perniagaan Makanan dan Air Mango (Shake BP Mango) serta air minuman berasaskan kopi (Anis Coffee) di Arked Mara, Pontian hampir 2 tahun. Selain daripada itu, beliau juga banyak mengikuti karnival atau ekspo di sekitar negeri Johor untuk mempromosikan perniagaan air dan buah manggo.

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh En. Mohd Afif di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang samada secara langsung atau melalui hasil usaha kendiri. Hasilnya perniagaannya telah dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan beliau juga lebih berkemahiran dalam mengggunakan MS Excel dalam membina Aliran Tunai.

Kewujudan PI adalah baik kerana dapat memberi manfaat kepada masyarakat kampung khususnya untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT seseorang daripada tiada apa-apa sehingga celik IT. Semoga PI1M terus memainkan peranan sebagai medium penghubung kepada semua lapisan masyarakat yang memerlukan maklumat, ilmu dan kemahiran untuk digunakan ke arah yang positif.

Puan Suzilahwati Binti Suboh merupakan seorang siswazah Diploma UTM, selepas tamat pengajian dan berkahwin beliau hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau berjinak-jinak dalam pernigaan makanan iaitu ayam berempah suri (Sweet Chicken) pada penghujung tahun 2014. Selain daripada daging ayam terdapat juga daging kambing, lembu, ayam belanda, arnab dan puyoh.

 

Perniagaan ini pada awalnya diusahakan secara sambilan bagi megisi masa terluang sebagai suri rumah.

Setelah menggunakan ICT dalam memasarkan produk ayam goreng bermpah suri, terdapat peningkatan dari segi permintaan melalui facebook dan whatsapp. Pendapatan bulanan beliau kini boleh mencecah RM 1,600 – RM 2,000.

 

Puan Noor Suzilahwati pernah mengikuti program Pengurusan Aliran Tunai di PI Kg Pulai Sebatang bersama Persatuan Gemilang Usahawan Pontian. Mendapatkan bantuan untuk memasarkan perniagaan melalui facebook https://www.facebook.com/noorsuzilahwati.suboh dengan lebih berkesan. Melalui program keusahawan dan kelas ICT dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam ICT, sekaligus dapat memberi keyakinan pengusaha untuk mengembangkan lagi.