Mohd Nazrin Bin Hamran telah dilahirkan pada 5 Ogos 1999 dan kini berusia 19 tahun. Ketika ini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian.

Merupakan anak ke 3 daripada 3 orang adik beradik dan dari keluarga yang sederhana hidupnya. Ibubapanya berkerja sebagai Kakitangan Pembersihana di Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi. Bercita-cita ingin menjadi seorang Jurutera yang berjaya bagi membantu meringankan beban keluarganya.

Pada 19 April 2010 ketika berusia 12 tahun lagi Mohd Nazrin telah menjadi ahli Pusat Internet Kg Pulai Sebatang memandangkan pada masa itu beliau mula belajar asas menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru-gurunya bagi menghadapi peperiksaan UPSR ketika itu. Ketika beliau di sekolah menengah pula tanpa rasa segan, beliau yang tidak mahir penggunaan komputer dan internet telah mengambil kesempatan untuk mempelajari dan mendalami asas kemahiran menggunakan komputer dengan mendapatkan tunjuk ajar dari En Fawzi & Pn Asiah selaku petugas di PI Kg Pulai Sebatang. Beliau mula mengikuti kelas-kelas latihan ICT yang turut disediakan di PI Kg Pulai Sebatang ini secara percuma seperti MS Word, MS Excel, MS Power Point, Photoshop dan sebagainya.

Dengan kemahiran yang telah diperolehi hasil tunjuk ajar petugas PI Kg Pulai Sebatang telah memudahkan Mohd Nazrin menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru seperti kerja kursus dan pembentangan kerja kursus dengan menggunakan MS Word dan MS Power Point yang telah dipelajarinya di PI Kg Pulai Sebatang. Berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dalam pembelajaran dengan rakan-rakan sekolah dengan hanya menggunakan komputer serta melayari internet secara tidak langsung juga telah dapat meningkatkan prestasi pelajaran beliau di sekolah hingga mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan SPM yang lalu. Terdapat banyak infomasi dan maklumat terkini yang boleh beliau perolehi dan dijadikan sumber ilmu hanya menggunakan komputer dan internet.

Banyak kemudahan dan kelebihan seperti pembelajaran ICT secara percuma, mencetak dokumen dengan harga yang murah dan sebagainya yang beliau dapat gunakan di PI Kg Pulai Sebatang ini memandangkan beliau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Ini mendorong beliau untuk lebih bersungguh-sungguh mempelajari ilmu ICT agar beliau menjadi generasi celik IT.