Nor Fatihah merupakan pelajar Kolej tingkatan Enam Pontian yang telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang sejak 25 Feb 2016. Anak ke 5 daripada 6 orang adik beradik. Beliau dating dari keluarga yang kurang berkemampuan. Bapa beliau tidak bekerja disebabkan sudah uzur makala ibunya pula mengambil upah tempahan membuat burasak dan tempahan membuat kuih muih untuk jualan.

 Nor Fatihah merupakan seorang ahli PI Kg Pulai Sebatang yang sangat aktif dan sering hadir untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang. Sebelum menjadi ahli PI beliau tidak begitu mahir dalam penggunaan komputer memandangkan dirumah beliau, tiada komputer dan hanya mengharapkan pembelajaran komputer di sekolah sahaja. Beliau tidak mahir menggunakan MS Office seperti MS Word, MS Excel dan MS Power Point yang merupakan perisian asas dalam pengetahuan asas komputer.

 Semenjak Nor Fatihah menjadi ahli PI Kg Pulai Sebatang beliau melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PI Kg Pulai Sebatang seperti mengikuti latihan ICT dengan menghadiri kelas MS Word, MS Excel, MS Power Point, Baikpulih Komputer dan sebagainya. Beliau juga turut terlibat dengan program-program seperti Hari Terbuka PI Kg Pulai Sebatang, Advokasi Klik Dengan Bijak, Program Dashboard Komuniti dan sebagainya. Setelah menjadi ahli Pusat Internet Kg Pulai Sebatang pelbagai manafat dalam penggunaan perisian komputer yang telah dipelajari dan diperolehi bersama petugas-petugas di sini hasil dari tunjuk ajar mereka. Nor Fatihah menggunakan sebaik-baik peluang mendalami bidang ICT dengan mempelajari & mengikuti setiap aktiviti-aktivti yang dijalankan di PI Kg Pulai Sebatang dan telah beberapa kali memenangi hadiah dalam pertandingan seperti Saguhati Kuiz Dashboard Komuniti sesi ke 2( Julai-Sept 2018), Kuiz Kahoot, Kuiz KDB dan sebagainya.