Saudari Noor Hidayah adalah seorang graduan UTM Skudai dalam bidang “Landscape Architecture”. Sebelum mengusahakan perniagaan sendiri, saudari Noor Hidayah pernah bekerja sebagai “Landscape Architect” di Tropics Design selama 4 tahun. Kemudian barulah, beliau memulakan perniagaannya sebagai pereka grafik pada penghujung tahun 2015. Premis perniagaan beliau terletak di No. 2, Pusat Perniagaan Peladang, Batu 29, Pengkalan Raja, Pontian, Johor. Selain daripada itu, beliau turut membantu memasarkan perniagaan kerepek pisang tanduk ibunya yang terletak di Kg Seri Bunian.

Perniagaan saudari Noor Hidayah dikenali dengan nama Agrografik menyediakan servis grafik seperti:

Poster untuk WhatsApp

Poster untuk Instagram

Iklan Online

Iklan Facebook

Makluman Seminar

Poster Motivasi

Invitation E-Card

Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum memasarkan perniagaan melalui medium internet.

Setelah memasarkan produk perniagaan di sosial media terutamanya di facebook dan instagram peningkatan permintaan menghasilkan kerja-kerja mereka grafik adalah positif. Kini pendapatan bulanan kasar setelah menggunakan sosial media adalah sekitar RM 3,000 ke RM 3,500.