Puan Rohani merupakan seorang usahawan yang telah menjalankan pelbagai perniagaan di awal perjalanan perniagaannya. Walaupun suaminya bekerja, beliau bertekad untuk menjalankan perniagaan kerana untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Di awal tahun 2018 beliau telah membina kedai makan di hadapan rumah beliau yang menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari.

Kedai makannya dikenali dengan nama Warung Kak Ani terletak dihadapan Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang, Pontian, Johor. Warung makannya menyediakan sarapan pagi seperti nasi lemak, roti canai, lontong dan kuih-muih. Manakala untuk makan tengahari disediakan pelbagai makanan kampung.

Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Pendapatan kasar bulanan sekitar RM 1,500 – 1,800.

Hasil pendapatan setelah menggunakan internet atau media sosial dalam mempromosikan warung makannya telah meningkatkan pendapatan bulanan yang di anggarkan sekitar RM 2,400 – RM 2,800.