En Nor Azman Bin Mustamar berusia 41 tahun dan merupakan seorang pekebun kecil yang mengambil upah mengerjakan penanaman kelapa sawit yang dipunyai oleh abang saudaranya seluas 3 ekar. Selain daripada mengerjakan kebun kelapa sawit beliau juga menjalankan kerja-kerja menanam sayur-sayuran seperti kacang panjang, terung dan sebagainya untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau telah berkahwin dengan Pn Norhayati Binti Abd Rahman dan mempunyai 5 orang anak yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. 

Selain pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang seperti penggunaan komputer dengan harga yang berpatutan, mencetak dokumen, fotostat dan sebagainya beliau juga seringkali mengikuti program-program yang dijalankan disini seperti Program Dashboard Komuniti, Pertandingan Dashboard Komuniti, Program Klik Dengan Bijak dan sebagainya..

En Nor Azman telah menggunakan kemudahan internet untuk mencari info-info penting dan mempelajari berkaitan pertanian memandangkan beliau seorang pekebun kelapa sawit. Kesibukan beliau menguruskan kebun telah memberi peluang kepada beliau untuk mengikuti perkembangan semasa dunia dan mendapatkan infomasi maklumat terkini dari dalam dan luar negeri yang boleh dijadikan sumber ilmu. Dengan kesungguhan beliau yang tidak jemu-jemu mencari info-info penting berkaitan pertanian telah membuahkan hasil apabila buat pertama kalinya beliau telah menyertai Pertandingan ‘Rular Business Challenge’ (RBC) peringkat Kebangsaan dibawah tajuk ‘Membuat Baja Dari Bahan Sisa-sisa Pertanian’ pada tahun 2016 oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan telah memenangi pertandingan tersebut. Berkat kesungguhaan dan minat beliau yang mendalam untuk mencari kaedah dan menambah baik pengurusan kebun kelapa sawit telah membuahkan hasil atas kejayaan yang telah beliau perolehi kini.  

  

Bersama sebahagian Pemenang Pertandingan ‘Rular Business Challenge’ (RBC) peringkat Kebangsaan