PERNIAGAAN PERKONGSIAN - MENJUAL BUKU SOLAT KANAK-KANAK DAN PRODUK KESIHATAN

 

    Nama          : Nor Azleen Binti Omar

    Umur          : 38 Tahun

    Ahli             : 18/11/2017

 

 

Latar Belakang

Pn Nor Azleen Binti Omar menjalankan perniagaan menjual buku solat kanak-kanak dan produk kesihatan bersama suaminya En Junaidi Bin Shaari. Latarbelakang pendidikan pula Pn Nor Azleen adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, UTM dan suaminya pula memiliki Ijazah Kejuruteraan Elektrikal, UTM. Perniagaan yang diusahakan telah bermula pada 10 Julai 2017 dengan menghasilkan sebuah buku solat kanak-kanak terbitan syarikat mereka iaitu AJ Mercu. Buku solat kanak-kanak yang diterbitkan ini diberi judul “Cabaran 30 Hari Solat Penuh” adalah sangat sesuai buat kanak-kanak dari usia 4 hingga 12 tahun. Kandungan buku ini penuh dengan warna-warni dan bermotivasi ke arah mendidik anak-anak menjaga solat sebagai kewajipan.

Selain itu juga Pn Nor Azleen menjalankan perniagaan jualan produk kesihatan bermula pada 17 Oktober 2018. Produk kesihatan yang diniagakan ialah “I-Sasakha Moisturizer” yang diformulasikan khas untuk menyelesaikan masalah kulit jerawat, berminyak dan sensitif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan syarikat AJ Mercu adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh Pn Nor Azleen di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang samada secara langsung atau melalui hasil usaha kendiri. Hasilnya perniagaannya telah dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan beliau juga lebih berkemahiran dalam mengggunakan ICT dalam memasarkan perniagaan mereka. Kini anggaran pendapatan kasar bulanan sekitar RM 2,000 ke RM 3,000.

    

   

    Nama           : Anita Binti Othman

    Umur           : 49 Tahun

    Ahli              : 30 Jun 2009

 

 

Latar Belakang

Pn Anita Binti Othman dilahirkan di Parit Wak Rabu, Pulai Sebatang pada 01 Feb 1970 Berusia 49 tahun. Merupakan pemegang Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Pernah bertugas sebagai Guru Sandaran di Sek Men Pasir Gudang & Pegawai Tadbir di Z & D Engineering, Batu Pahat. Selepas mendirikan rumahtangga dengan Mohd Nizam Bin Shamsuddin, beliau tidak bekerja lagi dan kini menumpukan sepenuh masa menjadi suri rumah disamping membantu suaminya seorang pengusaha ternakan lembu di Kg Pulai Sebatang. Anita mempunyai 4 orang anak yang terdiri 3 perempuan dan seorang lelaki.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semasa Pn Anita menuntut di UUM dan bekerja, beliau pernah menggunakan komputer dan internet untuk membuat segala kerja-kerja dan tugasan yang berkaitan untuk disiapkan. Penggunaan komputer dan internet pada masa dahulu agak terbatas dan kurang pendedahan dari dunia luar. Disebabkan kurangnya kemahiran dan pendedahan bidang ICT, beliau telah mengambil inisiatif untuk mendaftar sebagai ahli pusat Internet Kg Pulai Sebatang pada 30 Jun 2009 dengan bayaran hanya RM5.00 sahaja. Hampir 10 tahun beliau telah menjadi ahli PI Kg Pulai Sebatang dan telah banyak ilmu pengetahuan berkaitan komputer dan internet telah dipelajari di sini dengan dibantu oleh dua orang petugas PI Kg Pulai Sebatang. Pn Anita merasakan perlunya beliau mempelajari dan mendalami bidang ICT sejajar dengan perkembangan teknologi dan komunikasi digital pada abad ke-21. Walaupun beliau mempunyai kemahiran asas dalam bidang ICT tetapi beliau tetap cuba meluangkan masa untuk mendalami lagi penggunaan komputer dengan mengikuti latihan komputer di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang seperti Internet, MS Word, MS Excel dan MS Power Point bagi membantu anak-anak beliau menyiapkan tugasan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru mereka. Timbul kesedaran dalam diri beliau untuk mendapatkan khidmat tunjuk ajar dari petugas-petugas PI Kg Pulai Sebatang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Anita kerapkali berkunjung ke PI Kg Pulai Sebatang bagi mempelajari dan menimba ilmu penggunaan ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau yang turut terlibat dengan program-program seperti Hari Terbuka PI Kg Pulai Sebatang, Advokasi Klik Dengan Bijak, Program Dashboard Komuniti dan sebagainya. Beliau telah turut berkongsi kemahiran menggunakan komputer bersama dengan anak-anak. Dimana beliau turut membantu menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh guru-guru mereka. Pn Anita yang turut memegang beberapa jawatan penting di kampung iaitu Pengerusi TBK Kemas Pulai Sebatang, Biro Kewangan MPKK Pulai Sebatang, Setiausaha Koperasi Api-Api, AJK PIBG Sek Keb Pulai Sebatang dan AJK Badan Kebajikan Sek Agama Pulai Sebatang banyak memanafatkan penggunaan MS Word, MS Excel & MS Power Point dalam menyiapkan tugasannya. Beliau dapat menyiapkan surat-menyurat, minit mesyuarat, penyata akaun dan sebagainya mengikut kesesuaian masa tanpa banyak melakukan kesilapan dalam penggunaan komputer. Ini semua hasil dari tunjuk ajar ajar petugas PI Kg Pulai Sebatang dan kesungguhan beliau untuk mempelajari penggunaan komputer sejajar dengan keperluan teknologi masa kini.

PERNIAGAAN RESTORAN MAKANAN ALA TOMYAM

 

    Nama          : Asnawi Bin Zakariah

    Umur          : 39 Tahun

    Ahli             : 2014

 

 

Latar Belakang

En. Asnawi Bin Zakariah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan restoran makanan ala tomyam sejak tahun 2013 di Kg Parit Dato, Pulai Sebatang, Pontian. Restoran ini diusahakan bersama isterinya Azlela juga turut menyediakan khidmat tempahan atau katering. Kini restoran mereka dijenamakan dengan nama “LAVI TOMYAM”. Beliau juga turut menjual beberapa menu pilihan di Tambak Bandar Pontian setiap petang hari Jumaat dan Sabtu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan Restoran Lavi Tomyam adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh En. Asnawi di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang samada secara langsung atau melalui hasil usaha kendiri. Hasilnya perniagaannya telah dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan beliau juga lebih berkemahiran dalam mengggunakan ICT dalam memasarkan perniagaan Lavi Tomyam. Kini anggaran pendapatan kasar bulanan melebihi RM 3,000.00

 

PERNIAGAAN RESTORAN DAN KATERING

    Nama          : Nor Azura Binti Aspar

    Umur          : 47 Tahun

    Ahli             : 2018

 

Latar Belakang

Puan Nor Azura Binti Aspah telah menjalankan perniagaan restoran dan katering ini hampir 15 tahun. Perniagaan restoran diusahakan bersama suaminya iaitu Nor Yazid. Pada mulanya perniagaan mereka bertapak di kawasan Kukup hampir 5 tahun, kemudian barulah mereka berpindah di Kg Jawa Pulai Sebatang hingga kini. Perniagaan mereka juga dikenali dengan nama “AZ Warung”. Waktu operasi perniagaan bermula pada jam 5.00 petang hingga 11.30 malam.

Perniagaan AZ Warung menyediakan menu masakan melayu kampung antaranya:

  1. Nasi goreng – biasa, kampung, cina, dan ayam
  2. Nasi Ayam
  3. Mee / Hoon / Tiaw – Goreng, Sup dan Soto
  4. Mee Bandung
  5. Sup – Daging, Tulang, Gear Box dan Kambing
  6. Ayam Sambal dan Daging Sambal

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum memasarkan perniagaan melalui medium internet atau ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah memasarkan perniagaan di sosial media terutamanya di facebook terdapat peningkatan pendapatan yang positif. Kini pendapatan bulanan kasar setelah menggunakan sosial media adalah sekitar RM 3,500 ke RM 4,000.00

Nurul Nabila Madio dlahirkan pada 12 May 2000 di Ayer Baloi dan kini berusia 19 tahun. Merupakan anak ke 4 daripada 5 orang adik beradik yang terdiri daripada 3 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Sedang menyambung pengajian di Kolej Tingkatan 6 Pontian dan akan menduduki peperiksaan STPM 2019. Bercita-cita ingin menjadi seorang Guru Tadika bagi membantu keluarganya yang serba serdahana. Bapanya bekerja sendiri manakala ibunya seorang suri rumah tangga

Sebelum menjadi ahli pusat Internet Kg Pulai Sebatang Nurul Nabila seorang pelajar yang kurang pendedahan dalam bidang ICT. Ini disebabkan keluarganya yang berpendapatan sederhana tidak membolehkan beliau mengikuti latihan komputer di luar yang mengenakan kadar bayaran yang tinggi. Apabila beliau memasuki Tingkatan 1 di sekolah menengah kemahiran penggunaan komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru amatlah penting. Beliau hanya mengharapkan bantuan mempelajari komputer dari guru-guru dan rakan-rakan yang berkebolehan dalam bidang ICT sahaja. Beliau hanya dapat menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah.

Nurul Nabila mula menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang pada 24 Disember 2012. Beliau mula berjinak-jinak dengan mengikuti dan mempelajari pelbagai ilmu berkaitan dengan komputer seperti Asas Komputer, Asas Internet, Microsoft Office, movie Maker dan sebagainya yang diadakan secara percuma bagi komuniti setempat. Beliau yang merupakan seorang pelajar yang sangat komited dalam pembelajarannya menggunakan peluang yang sedia ada di pusat internet ini untuk mempelajari dan menimba ilmu penggunaan ICT dengan lebih mendalam lagi.