Puan Norzizah Binti Kechik merupakan seorang Anggota Polis Diraja Malaysia, beliau menjalankan perniagaan sambilan ini bermula pada tahun 2014 di bawah produk STG (Smart Tycoon Group).

Antara produk-produk yang dijual seperti produk kesihatan Maharani, Bio Ever Cream (BE), Mineral Coffee, Bio Velosity Sleeping Mattress (BVSM), BB Plus Collagen, Lactolite dan lain-lain lagi yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Perniagaan ini diusahakan secara sambilan bagi mengisi masa terluang atau hari cuti.  Pendapatan kasar bulanan sekitar RM 350 - 500.

Setelah menggunakan ICT dalam memasarkan produk Puan Norzizah, terdapat peningkatan dari segi permintaan melalui facebook http://www.facebook.com/norazizahbtkecik.norzi. Pendapatan bulanan beliau kini  boleh mencecah  RM 800 – RM 1500.

Puan Norzizah pernah mengikuti program kecil Dashboard Komuniti yang dianjurkan Pi1M Kg Pulai Sebatang pada 19/08/2016. Seramai 35 usahawan daripada agensi AIM Ayer Baloi & AIM Pulai Sebatang terlibat.

Mendapatkan bantuan untuk memasarkan perniagaan melalui facebook dengan lebih berkesan. Melalui program keusahawan dan kelas ICT dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam ICT, sekaligus dapat memberi keyakinan pengusaha untuk mengembangkan lagi kaedah pemasaran perniagaan ke alam maya.

  

    

Pada awalnya puan Intan Syafinaz Bt Abu Talib merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan bermula pada pertengahan tahun 2015. Hasil sokongan keluarga dan bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) beliau menceburi bidang perniagaan makanan kerana ingin memajukan diri dan meningkatkan ekonomi keluarga.

Perniagaan Puan Intan telah diasaskan pada mulanya melalui minat dan mengisi masa terluang. Produk perniagaan kebanyakan mendapat permintaan dari penduduk kampong ini, mula berkembang secara perlahan.

Melalui perkembangan teknologi ICT, Puan Intan mengambil peluang tersebut untuk memasarkan perniagaan makanan berskala kecil melalui facebook dan whatapps telah mendapatkan sambutan yang baik.

Puan Intan telah mengikuti kelas latihan asas keusahawanan seperti Kelas Asas Komputer & MS Word. Beliau juga mengikuti program kecil Dashboard Komuniti yang dianjurkan Pi1M Kg Pulai Sebatang pada 19/08/2016 yang diikuti seramai 40 orang dari agensi Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Ayer Baloi, Pontian, Johor. Lanjutan dari program Dashboard Komuniti, pihak Pi1M telah mengadakan tutorial pada minggu berikutnya kepada peserta untuk memasarkan atau memuat naik produk perniagaan ke aplikasi Myshop.

PI1M memberi bantuan dalam menganjurkan program keushawanan kepada komuniti di kampung untuk memajukan perniagaan melalui medium ICTkerana penggunaan internet yang berkembang pesat. Oleh itu para peniaga IKS perlulah mengambil inisiatif untuk mengambil kursus-kursus yang disediakan oleh PI1M. Memberi tunjuk ajar atau khidmat nasihat untuk mempelbagaikan cara pemasaran di atas talian  seperti Facebook https://www.facebook.com/intansyafinaz.abutalib 

                      

 

 

Latar belakang

Puan Sulaiha binti Abdul Jalil mula mengusahakan tadika atau prasekoalah Al-Baghdadi  Playtime Center (APC) Ayer Baloi pada tahun 2014. Sebelum itu, tadika yang dikenali dengan nama yang lain ini, telah ditubuhkan lebih 10 tahun dahulu. Lokasi APC Ayer Baloi terletak di belakang Surau Al-Falah Ayer Baloi, Pontian. APC Ayer Baloi menerima pelajar dari umur 4 – 6 tahun dan ianya sebuah prasekolah yang memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan adalah bergantung kepada jumlah pelajar yang mendaftar. Anggaran jumlah pelajar sebelum tahun 2014 adalah sekitar 25 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah memasarkan perniagaan ke media sosial atau internet, penerimaan ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak ke Al-Baghdadi Playtime Center Ayer Baloi mula ada peningkatan sehingga 40 orang pada tahun ini. Yuran keseluruhan untuk setahun bagi setiap pelajar adalah sekitar RM 1,290.

 

Latar Belakang

         Cik Siti Aisyah Binti Ali merupakan seorang anak bongsu dari 5 adik beradik. Setelah tamat pendidikan di peringkat SPM beliau menyambung pelajaran di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian di dalam jurusan Teknologi Tekstil atau bidang jahitan. Beliau memilih bidang ini kerana minat dan juga telah terdedah dengan kemahiran menjahit semasa di SMK Ayer Baloi, Pontian. Setelah tamat pengajian di KKBN pada Disember 2015, beliau telah mengorak langkah untuk menjadi usahawan jahitan pada Februari 2016. Dengan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi kini Cik Siti Aisyah telah bergelar seorang usahawan muda yang berdedikasi untuk memajukan perniagaan jahitan beliau. Beliau telah menjalankan perniagaan jahitan pelbagai jenis pakaian perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Seperti baju kurung moden, kebaya, kurta dan langsir.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

      Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Pendapatan kasar bulanan adalah sekitar RM 400 ke RM 600

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Dengan pembelajaran sendiri atau kelas ICT yang diikuti oleh Cik Siti Aisyah di Pi1M Kg Pulai Sebatang telah memberi kefahaman yang jelas untuk memasarkan perniagaan menggunakan medium ICT. Sejak dari itu, tempahan jahitan yang diperolehi meningkat dengan ketara serta pendapatan pun akan lebih meningkat terutama di musim perayaan.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

Cik Siti Aisyah telah mengikuti kelas latihan asas keusahawanan seperti Kelas MS Word & Excel. Beliau juga mengikuti program kecil Dashboard Komuniti yang dianjurkan Pi1M Kg Pulai Sebatang pada 19/08/2016. Semasa program ini peserta akan diberi latihan untuk memuat naik produk atau perkhidmatan ke dalam aplikasi Myshop dan juga yang terbaru mengikuti kelas keushawanan iaitu latihan E-Basics dan Intel Learn Basic Steps.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PI1M membantu mempromosikan produk dengan menyediakan ruangan IKS tempatan untuk meletakkan risalah perniagaan. Memberi tunjuk ajar atau khidmat nasihat untuk mempelbagaikan cara pemasaran di atas talian. Beliau telah mengembangkan perniagaannya melalui online platform FB https://www.facebook.com/ezxuqie.hitchi & Istagram https://www.instagram.com/ayshaaleeya/

      

        

   

 

Pemenang Pertandingan Pengumpulan Barang-Barang E-Waste bagi Wilayah Selatan (Johor dan Melaka). 5 hadiah utama iaitu merupakan 10 buah televisyen Sharp AQUOS LCD Colour TV berukuran 32 inci bagi menghargai PI1M yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Hadiah utama telah disampaikan oleh Puan Roszeta Kassim, Ketua Wilayah Bahagian Selatan SKMM.

1.       PI1M Taman Nilam, Pontian

 

2.       PI1M Kg Parit Sapran, Pontian

 

3.       PI1M Kg Pulai Sebatang, Pontian

 

4.       Pi1M Taman Bidara Permai, Melaka

 

5.       PI1M Palong Timur 1, Segamat