Nama           : Nurul Akmaliza Binti Md Yatim

    Umur          : 16 Tahun

    Ahli              : 22 Feb 2019

 

 

Latar Belakang

Nurul Akmaliza Binti Md Yatim merupakan seorang pelajar di tingkatan empat di SMK Ayer Baloi, Pontian. Beliau merupakan anak ketiga dairpada 5 adik beradik. Bapanya pula bekerja sebagai pemandu lori dan emaknya seorang suri rumah. Beliau dan sekeluarga menetap di Kg Parit Dato Onn, Pulai Sebatang, Pontian, Johor. Nurul Akmaliza juga mempunyai sifat yang positif dalam bidang pelajaran dan juga luar kelas kerana beliau rajin dan berdedikasi dalam sesuatu yang dilakukan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli pusat Internet Kg Pulai Sebatang Nurul Akmaliza seorang pelajar yang kurang pendedahan dalam bidang ICT. Ini disebabkan keluarganya yang berpendapatan sederhana tidak membolehkan beliau mengikuti latihan komputer di luar yang mengenakan kadar bayaran yang tinggi. Beliau hanya dapat menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurul Akmaliza mula menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang pada 22 Februari 2019. Beliau mendaftar kerana mengetahui di Pusat Internet menyediakan perkhidmatan kursus-kursus ICT yang bersesuaian untuk keperluan beliau memajukan diri dalam ilmu-ilmu ICT. Sejak dari itu beliau bersama sahabatnya Nur Fazwina yang juga seorang pelajar tingkatan 4 kerap kali mengikuti kelas-kelas ICT di PI Kg Pulai Sebatang bagi mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Nurul Akmaliza antara pelajar teraktif dalam menghadiri kelas-kelas ICT kerana hampir 25 kali kelas beliau telah hadiri dalam pelbagai kursus ICT. Beliau menghadiri kelas ICT bermula dari bulan Februari hingga ke bulan Ogos 2019. Manakala pada bulan September hingga Oktober, beliau menangguhkan sebentar pembelajaran di Pusat Internet kerana untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan akhir tahun yang akan diambil pada penghujung bulan Oktober ini. Selepas daripada peperiksaan akhir tahun beliau akan menyambung kembali latihan-latihan ICT di Pusat Internet.

Begitulah komitmen dan keinginan tinggi yang lahir dalam diri beliau untuk terus mencari ilmu-ilmu ICT. Ini kerana beliau sedar peluang untuk mengikuti latihan-latihan ICT secara percuma di PI Kg Pulai Sebatang tidak akan ada seperti yang ditawarkan di tempat-tempat lain dengan yuran yang tinggi. Akan datang beliau akan mengikuti latihan perisian Solid Edge untuk kegunaan subjek Reka Cipta tingkatan 4 & 5. Kini, beliau telah mahir dalam menyiapkan segala tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan ICT. Bahkan beliau juga diberi pinjaman netbook dari Pusat Internet untuk memudahkan beliau meyiapkan tugasan-tugasan sekolah.