PERNIAGAAN TANAMAN PISANG DAN SAYURAN

   Nama       : Muhammad Fadzly Bin Zulkeplee

   Umur       27 Tahun

   Ahli          : 08 Mei 2018

 

Latar belakang

En. Muhammad Fadzly Bin Zulkeplee merupakan seorang anak muda daripada 5 orang adik beradik. Beliau seorang lepasan Diploma Manufacturing Engineering (Tool & Die Design) di TATI University College, Terengganu. Pada tahun 2017 keluarga beliau telah berpindah ke kampung halaman di kampung Pulai Sebatang daripada Johor Bahru setelah bapanya berpencen.

Beliau juga seorang anak muda yang berwawasan dalam merencanakan kerjaya beliau dengan menyertai kursus-kursus keusahawanan seperti TUBE 5.0 (Tunas Usahawan Belia Bumiputera) anjuran SME Corporation Malaysia pada Mac 2018 dan kursus Microenterprise Digital pada Julai 2018. Kursus-kursus yang disertai telah banyak memberi ilmu-ilmu perniagaan dan pemberian geran telah membakar iltizam beliau untuk terus mengorak langkah dalam perniagaan yang bakal diusahakan beliau.

Pada mulanya saudara Fadzly memulakan tanaman kecil-kecilan di sekitar kawasan rumah sebagai hobi kini telah bertukar menjadi kerjaya. Sejak berpindah ke kampung beliau memulakan perniagaan tanaman pisang di atas tanah keluarga seluas 1.5 ekar. Tanaman ini telah diusahakan pada bulan April 2018 dengan membersihkan dan meracun kawasan yang sudah lama terbiar. Di kawasan tanah itu juga diselang selikan dengan tanaman sayur-sayuran seperti serai, kangkung dan bayam. Kini tanaman pisang dan sayur-sayuran beliau telah diusahakan di atas tanah seluas 4.5 ekar.

Kebanyakan hasil tanaman saudara Fadzly di jual ke kedai-kedai runcit sekitar Pontian. Manakala promosi yang dilakukan samada secara online mahupun offline. Beliau juga melakukan strategi pemasaran yang berbeza iaitu projek derma pisang ke masjid-masjid melalui penderma-penderma yang membeli pisang beliau dan terus di hantar atau di dermakan ke masjid-masjid yang terpilih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan perniagaan saudara Fadzly tidak menentu sebelum menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan pembelajaran kelas ICT yang diikuti oleh En. Muhammad Fadzly di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang atau kursus-kursus keusahawanan melalui agensi kerajaan. Hasilnya perniagaannya telah dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan beliau juga lebih berkemahiran dalam mengggunakan ICT dalam memasarkan perniagaan tanaman pisang dan sayur-sayuran. Kini anggaran pendapatan kasar bulanan melebihi RM 2,000.