Nama           : Muhammad Deba Bin Barhom

    Umur           : 18 Tahun

    Ahli              : 26 Mac 2013

 

Latar Belakang

Adik Muhammad Deba berusia 18 tahun dan masih menuntut di Kolej Tingkatan Enam Pontian.Mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak sulung. Ayahnya bekerja sebagai seorang pemandu lori dan ibunya bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dilahirkan dari keluarga yang berpendapatan sederhana menyebabkan Muhammad Deba seringkali mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dimana beliau memerlukan penggunaan komputer dan internet. Sejak beliau menjadi ahli PI Kg Pulai Sebatang beliau mula menggunakan segala kemudahan yang terdapat disini seperti kemudahan komputer dan internet serta tempat pembelajaran yang kondusif.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhammad Deba seorang yang sangat aktif dan kerap kali menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI. Beliau banyak mengikuti kelas ICT dan juga turut terlibat dalam program-program seperti Dashboard Komuniti, Hari Bersama Komuniti, Klik Dengan Bijak dan sebagainya.

Hasil tunjuk ajar dari petugas PI telah banyak membantu beliau mempelajari asas komputer dan melayari internet dengan lebih mendalam lagi. Sejak dari sekolah menengah hingga kini di Kolej Tingkatan Enam, beliau turut menggunakan PI sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan terutama berkaitan kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet.