Bengkel Train The Trainers (TTT) Bersama PI1M Wilayah Selatan 2017 bagi Pengurus / Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia telah diadakan pada 12 & 13 Mac 2017 di KSL Hotel & Resorts, Johor Bahru.
Program Kenali Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg. Pulai Sebatang ini merupakan sebuah program kluster PI1M Pontian. Program ini bertujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia serta aplikasi baru iaitu Aplikasi Dashboard Komuniti. Program ini juga, salah satu medium untuk merapatkan lagi hubungan antara petugas-petugas di Pusat Internet 1Malaysia dengan penduduk setempat yang tinggal di sekitar Pusat Internet 1Malaysia sejajar dengan objektif penubuhannya. Program Kenali Dashboard Komuniti di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg. Pulai Sebatang ini dicadangkan untuk berlangsung pada hari Ahad, 04 Disember 2016 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Sempena program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjayakan Program Kenali Dashboard Komuniti. Aktiviti utama bagi program ini adalah taklimat dan pameran Aplikasi Dashboard untuk memperkenalkan aplikasi ini dan langsung menjadi aplikasi kegunaan bagi komuniti setempat di dalam Daerah Pontian amnya. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain antaranya taklimat ringkas e-waste, Kempen Klik Dengan Bijak, Pertandingan Kira Berat Replika Nenas, Pertandingan Masakan Kuih berasaskan ubi dan lain-lain.
Perasmian Program Oleh : Pn Zarina Binti Mohamed Bain
Ketua Wanita UMNO Cawangan Tanjung Piai
Aktiviti Pelajar-Pelajar OKU PDK Sinar Bakti Pontian
Pertandingan Kuiz ICT
Pertandingan Mewarna Tadika Kemas Sinar Harapan Pontian &
Tadika Kemas Sinar Bestari Pontian
Kelas Video Animasi Menggunakan Aplikasi Pawtoon telah di adakan pada 22 Okt 2016 di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pulai Sebatang. Seramai 3 orang pelajar tingkatan 3 telah mengikuti kelas ini.
Pelajar telah diperkenalkan menggunakan Aplikasi laman web Pawtoon https://www.powtoon.com/. Persembahan animasi boleh dihasilkan melalui manupulasi multimedia seperti objek, imej yang diimport, dan teks. Manakala muzik atau penambahan audio telah tersedia untuk dipilih dalam perisian atau mampu diimport dari simpanan individu. Perisian ini juga menyediakan fungsi untuk merakam suara untuk dipadankan dengan hasil animasi.