Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Bertempat di Sek Keb Api-Api pada 23 November 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg Pulai Sebatang telah mengadakan taklimat KDB untuk pelajar-pelajar tahun 4, 5 & 6.