Kelas Video Animasi Menggunakan Aplikasi Pawtoon telah di adakan pada 22 Okt 2016 di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pulai Sebatang. Seramai 3 orang pelajar tingkatan 3 telah mengikuti kelas ini.

Pelajar telah diperkenalkan menggunakan Aplikasi laman web Pawtoon https://www.powtoon.com/. Persembahan animasi boleh dihasilkan melalui manupulasi multimedia seperti objek, imej yang diimport, dan teks. Manakala muzik atau penambahan audio telah tersedia untuk dipilih dalam perisian atau mampu diimport dari simpanan individu. Perisian ini juga menyediakan fungsi untuk merakam suara untuk dipadankan dengan hasil animasi.