Program Dashboard Komuniti Kluster Daerah Pontian telah di pada 24 Nov 2016 bertempat di Perpustakaan Awam Pontian. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah Kenali Dashboard (Taklimat & Penerangan Video Dashboard),Kuiz & Puzzle Dashboard, Taklimat Keusahawanan Online, Taklimat & Penerangan video e-waste (Kuiz & Puzzle), Kempen Kesedaran & Keselamatan Internet (KDB), Pemeriksaan Kesihatan (MyHealth), Pameran & juga Jualan.

  

  

  

  

 

Mesyuarat Kluster PI1M Daerah Pontian telah diadakan pada 20 Oktober 2016, Khamis jam 9.30 pagi di Pusat Internet 1 Malaysia. Seramai 6 orang Pengurus  & 2 Penolong Pengurus telah hadir ke Mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini bagi membincangkan aktiviti-aktiviti Puasat Internet 1 Malaysia bagi daerah Pontian yang akan dijalankan dari bulan Oktober - Disember 2016.

     

    

   

 

Program Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kg Pulai Sebatang bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Ayer Baloi & Kg Pulai Sebatang telah diadakan pada 19 Ogos 2016 yang lalu. Seramai 35 orang telah menyertai program ini yang telah dijalankan dari jam 9.00pagi-12.00 tghari. Peserta telah diberi taklimat tentang Aplikasi Dashboard dimana penerangan / penggunaan aplikasi dashboard untuk perhubungan & perniagaan. Aplikasi ini juga menyediakan ruang untuk mengiklankan produk usahawan  serta cara-cara memuatnaik gambar produk / perkhidmatan ke aplikasi ini.

  

  

 

Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Bertempat di Sek Keb Api-Api pada 23 November 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg Pulai Sebatang telah mengadakan taklimat KDB untuk pelajar-pelajar tahun 4, 5 & 6.