Program Kenali Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg. Pulai Sebatang ini merupakan sebuah program kluster PI1M Pontian. Program ini bertujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia serta aplikasi baru iaitu Aplikasi Dashboard Komuniti. Program ini juga, salah satu medium  untuk merapatkan lagi hubungan antara petugas-petugas di Pusat Internet 1Malaysia dengan penduduk setempat yang tinggal di sekitar Pusat Internet 1Malaysia sejajar dengan objektif penubuhannya. Program Kenali Dashboard Komuniti di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg. Pulai Sebatang ini dicadangkan untuk berlangsung pada hari Ahad, 04 Disember 2016 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Sempena program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjayakan Program Kenali Dashboard Komuniti. Aktiviti utama bagi program ini adalah taklimat dan pameran Aplikasi Dashboard untuk memperkenalkan aplikasi ini dan langsung menjadi aplikasi kegunaan bagi komuniti setempat di dalam Daerah Pontian amnya. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain antaranya taklimat ringkas e-waste, Kempen Klik Dengan Bijak, Pertandingan Kira Berat Replika Nenas, Pertandingan Masakan Kuih berasaskan ubi dan lain-lain.