Majlis Nuzul Al Quran telah di adakan pada 21 Jun 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Solat Masjid Jamek Pulai Sebatang jam 6.20 petang. Majlis ini diadakan untuk anak-anak penduduk Kg Pulai Sebatang. Jamuan berbuka puasa turut disediakan untuk semua yang hadir.
Bermula dari 1 hingga 25 Ramadhan 1437H, Masjid Kg Pulai Sebatang ada menyediakan bubur Lambuk untuk seluruh penduduk kampung. Penduduk boleh membawa bekas untuk mengambil bubur Lambuk yang akan di bahagikan selepas solat Asar. Penyediaan bubur Lambuk ini merupakan salah satu tradisi program yang dijalankan setiap tahun di bulan Ramadan.
Disamping itu juga dari 1 hingga 30 Ramadhan pihak Jemaah Masjid turut menyediakan juadah berbuka puasa disamping mengalu-alukan sumbangan juadah berbuka kepada semua Jemaah yang datang menunaikan solat Maghrib di Masjid ini.
Wajah ceria dan gembira dapat dilihat disebalik wajah anak-anak ASNAF Kg Pulai Sebatang apabila mereka semua berpeluang menyarung baju raya & kasut raya. Seramai 35 orang anak-anak ASNAF telah dibawa berbelanja di pasaraya pada 25 Jun 2016 yang lepas. Sumbangan oleh D' Mahligai Scarf dan di bantu oleh rakan AJK Masjid Kg Pulai Sebatang.
Bengkel Matematik ‘Vedic Maths’ untuk pelajar-pelajar Sek Rendah Tahun 4 – 6, telah dijalankan pada 29 Mei 2016 untuk sesi pertama & 30 Mei 2016 untuk sesi ke 2 bertempat di Perpustakaan Awam Johor Cawangan Pontian. Bengkel ini telah dijalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg Parit Sapran dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pulai Sebatang, Pusat Internet 1 Malaysia Parit Selangor dan Perpustakaan Jalur Lebar Pontian. Seramai 60 orang pelajar telah menyertai bengkel matematik ini.
Pelajar telah didedahkan belajar matematik dengan menggunakan teknik yang mudah dan pantas seperti menggunakan teknik ‘Pelangi’ dan ‘Vedic’ atau teknik ‘Pagar Bersilang’, mengira operasi pecahan dengan mudah menggunakan teknik ‘Butterfly’.