Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) Pontian telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang cuti persekolahan 2015. Program 'Holiday Fun' PJL Pontian telah dijalankan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Pontian. Pusat Internet 1Malaysia Daerah Pontian telah turut sama membantu dalam menjayakan program yang dijalankan termasuklah Pusat Internet 1Malaysia Kg Pulai Sebatang. Bermula dari 13/12/2015 sehingga hari kemuncak program pada 17/12/2015. Bermula pada 13/12/2015 pertandingan 'Treasure Hunt ICT' telah dijalankan diikuti Congkak serta Batu Seremban pada 14/12/2015. Manakala pertandingan Teng-Teng & Guli pada 15/12/2015. Penyampian hadiah telah diadakan pada hari terakhir program 'Holiday Fun' PJL Pontian pada 17/12/2015 termasuk Pertandingan Masakan Berasaskan Roti, Tiup Belon, Dam Gergasi, Busana Kertas serta Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) turut diadakan sebagai penutup program.