Program ini telah dijalankan pada 28 Mac 2015 (Rabu) dengan melatih peserta membina bioadata diri menggunakan MS Word dalam membina biodata yang lebih kreatif menggunakan kreativiti mereka sendiri. Peserta diajar menggunakan fungsi-fungsi File, Home, Insert Picture & Page Layout. Dalam masa yang sama mereka juga dilatih menggunakan internet agar biodata yang dihasilkan kelihatan menarik dan kreatif.

 

     

 

Program 10 Ribu Langkah bersempena ‘KEMPEN I WANT SIHAT PERINGKAT DAERAH PONTIAN’ telah diadakan di Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian pada 5 September 2015. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Tee Siew Kiong, ADUN Pulai Sebatang Merangkap Ahli Jawatankuasa Exco Pelancongan, Perdagangan & Kepenggunaan Negeri Johor. Seramai 1000 orang telah menyertai program yang telah dijalankan ini.

 

     

       

 

Program Lawatan Kerja Tuan Hj Kamarudin Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian (DO) dan Ketua2 Jabatan Daerah Pontian telah dijalankan di Masjid Jamek Kg Pulai Sebatang pada 04 September 2015 (Jumaat). Tuan Hj Kamarudin turut menyerahkan sumbangan kepada 20 keluarga fakir & miskin di kawasan Kg Pulai Sebatang.