Suasana di Pasar pagi Persatuan Nelayan Ayer Baloi yang terletak di Muara Sungai Ayer Baloi seawal jam 6.30pagi. Ramai pengunjung yang datang untuk membeli ikan segar yang ditangkap oleh nelayan-nelayan di kawasan sekitar Kg Pulai Sebatang, Ayer Baloi & Api-Api. Ikan-ikan segar ini dijual dengan harga yang murah dalam suasana tawar menawar.

 

    

Majlis Nuzul Al Quran telah di adakan pada 21 Jun 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Solat Masjid Jamek Pulai Sebatang jam 6.20 petang. Majlis ini diadakan untuk anak-anak penduduk Kg Pulai Sebatang. Jamuan berbuka puasa turut disediakan untuk semua yang hadir.

Wajah ceria dan gembira dapat dilihat disebalik wajah anak-anak ASNAF Kg Pulai Sebatang apabila mereka semua berpeluang menyarung baju raya & kasut raya. Seramai 35 orang anak-anak ASNAF telah dibawa berbelanja di pasaraya pada 25 Jun 2016 yang lepas. Sumbangan oleh D' Mahligai Scarf dan di bantu oleh rakan AJK Masjid Kg Pulai Sebatang.