Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017 dibuka bulan Disember 2016. Bermula dari 5-31 Disember 2016. Pembayaran pertama akan dibuat kepada yang lulus pada awal tahun 2017. Semua penerima sebelum ini wajib kemaskini, sama ada online atau dengan kaedah mengisi borang offline.

Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pulai Sebatang menyediakan perkhidmatan kemaskini BRIM 2017.

Kelayakan & jumlah bayaran BRIM 2017 ialah :

  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000: RM1,200
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan RM3,000 – RM4,000: RM900
  • Pembayaran kategori berpendapatan RM2,000 dan ke bawah : RM450
  • Pembayaran untuk yang Daftar E Kasih : RM1,200