PERTANDINGAN BUKU SKRAP MULTIMEDIA

Pertandingan Buku Skrap Multimedia (Power Point)telah diadakan pada 14hb September 2014 di Perpustakaan Jalurlebar Pontian dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Kg Pulai Sebatang dan Pusat Internet 1Malaysia Kg Parit Sapran. Seramai 10 penyertaan dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah di daerah Pontian telah terlibat dalam pertandingan ini. Pelajar-pelajar dikehendaki menyiapkan satu slaid persembahan daripada beberapa tajuk yang diberikan. Pemenang dinilai dari kriteria isi kandungan, kreativiti dan kekemasan.

 

BENGKEL ‘FUN WITH ENGLISH COMMUNICATION’

Bengkel ‘Fun With English Communication’ telah diadakan kerjasama bersama Pusat Internet 1Malaysia Kg Parit Sapran pada 20hb September 2014. Penyertaan terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Bengkel ini bertujuan melatih pelajar menguasai kemahiran Bahasa Inggeris Komunikasi & membina keyakinan diri dalam berbahasa.