Rebutlah peluang & menangi hadiah-hadiah menarik seperti Komputer Riba, Telefon Pintar, Tablet atau Power Bank secara percuma.

Caranya mudah sahaja. Hanya perlu muat turun permainan 'BOINK BALL' di Play Store. Pertandingan ini akan berakhir pada 31 Dis 2017.

Bagi pengguna berdaftar di Pusat Internet, anda hanya perlu masukkan No Kad Pengenalan dan kata laluan 'password' untuk log masuk. Bagi yang belum berdaftar, boleh datang ke mana-mana Pusat Internet yang berhampiran.

Majlis Penyampian Hadiah Dashboard Komuniti 2017. Tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah terpilih memenangi hadiah bagi kategori :

Peringkat Wilayah 'Game Boink Ball' 
Tempat Kedua : En Kassim Bin Sulaiman
Tempat Kelima : Muhammad Khairul Hakim Bin Kassim

Peringkat PI Kg Pulai Sebatang : Pemenang Modul My Health & My Place.

        

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET KG PULAI SEBATANG.
===============================================
SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN PROGRAM KAMI...HADIAH MENARIK MENANTI ANDA...
TARIKH : 22 DISEMBER 2018
HARI : SABTU
MASA : 8.00PG - 1.00PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG PULAI SEBATANG
===============================================
PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA PERCUMA...

Pelbagai acara akan diadakan seperti :

  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma

  • Saringan Kesihatan (My Health)

  • Tekanan Darah

  • Kandungan Gula Dalam Darah

  • Aktiviti Fizikal & Ceramah Kesihatan

  • Senaman Aerobik

  • Ceramah “ Gaya Hidup Sihat”

  • Pertandingan Makanan Sihat

  • Aktiviti Aplikasi Dashboard Komuniti

  • Video Intro “Komuniti Dashboard”

  • Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniti

  • Pertandingan Muat Naik Produk Di Myshop

  • Pertandingan Label Lokasi Kesihatan Anda

  • Pertandingan “Mesej Kesihatan Di My Komuniti”

  • Advokasi & Kuiz

  • Taklimat & Tayangan Video “Jenayah Siber”

  • Pertandingan “Mencari Info Di Internet”

  • Kuiz ICT Kahoot

  • Penyampaian Hadiah Kuiz Dahsboard Komuniti 2018 (My Health)

    Peringkat Negeri Johor

  • Penyampaian Hadiah Pertandingan

  • Cabutan Bertuah

 

Syarat-Syarat Pertandingan

- Peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas dan merupakan ahli Dashboard Komuniti yang sah berdaftar di Pusat Internet di bawah seliaan Telekom Malaysia (TM) di seluruh Malaysia, kecuali kakitangan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. (Penganjur), kakitangan syarikat-syarikat sekutunya, petugas Pusat Internet; termasuk ahli keluarga terdekat (suami/isteri dan anak).

- Tempoh penyertaan adalah dari Mac 2018 – 31hb Disember 2018. Penyertaan yang diterima selepas tempoh penyertaan tamat tidak akan diterima.

- Peserta yang ingin menyertai peraduan ini boleh memuat-turun aplikasi Dashboard Komuniti di mana-mana Pusat Internet di bawah kendalian Telekom Malaysia sahaja.

- Peserta hanya perlu menjawab soalan Kuiz yang akan dikeluarkan dalam paparan Dashboard Komuniti (DK) dari semasa ke semasa. Peserta perlu menjawab Soalan Kuiz tersebut sebanyak 20 soalan setiap modul DK yang dipertandingkan.

- Hadiah akan diberi kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan cepat dan tepat.

- Pemenang akan dipilih mengikut negeri-negeri yang terlibat dengan operasi Pusat Internet di bawah seliaan TM sahaja.

- Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Dashboard Komuniti PI www.dashboard.pi1m.my dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan.

- Semua borang penyertaan adalah merupakan E-Borang yang terdapat dalam DK dan menjadi hak milik pihak Penganjur.

- Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat peraduan serta keputusan yang dibuat oleh Penganjur.

- Penganjur berhak untuk mengubah suai, membatalkan atau memansuhkan terma dan syarat peraduan, atas budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis.

- Setiap peserta wajib muat turun aplikasi Dashboard Komuniti dan aktif menggunakannya sepanjang menyertai peraduan ini.

- Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan polisi privasi kami.

- Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan petugas Pusat Internet di bawah seliaan Telekom Malaysia ™ berhampiran anda atau hubungi kami di 03-80682300.

Digital Creative Content Creation Competition 2017

Penyertaan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu orang awam, pelajar sekolah, dan IPTA/IPTS.

Kategori pertandingan :

1. Photography (Fotografi)
2. Digital Image Manipulation (Manipulasi Imej Digital)
3. New Media (Media Baru)
4. Video-Short Movie (Video- Cerita Pendek)

Penyertaan adalah secara atas talian, sila layari https://dc3awards.com/

Tarikh Tutup : 31 October 2017.