Syarat-Syarat Pertandingan

- Peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas dan merupakan ahli Dashboard Komuniti yang sah berdaftar di Pusat Internet di bawah seliaan Telekom Malaysia (TM) di seluruh Malaysia, kecuali kakitangan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. (Penganjur), kakitangan syarikat-syarikat sekutunya, petugas Pusat Internet; termasuk ahli keluarga terdekat (suami/isteri dan anak).

- Tempoh penyertaan adalah dari Mac 2018 – 31hb Disember 2018. Penyertaan yang diterima selepas tempoh penyertaan tamat tidak akan diterima.

- Peserta yang ingin menyertai peraduan ini boleh memuat-turun aplikasi Dashboard Komuniti di mana-mana Pusat Internet di bawah kendalian Telekom Malaysia sahaja.

- Peserta hanya perlu menjawab soalan Kuiz yang akan dikeluarkan dalam paparan Dashboard Komuniti (DK) dari semasa ke semasa. Peserta perlu menjawab Soalan Kuiz tersebut sebanyak 20 soalan setiap modul DK yang dipertandingkan.

- Hadiah akan diberi kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan cepat dan tepat.

- Pemenang akan dipilih mengikut negeri-negeri yang terlibat dengan operasi Pusat Internet di bawah seliaan TM sahaja.

- Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Dashboard Komuniti PI www.dashboard.pi1m.my dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan.

- Semua borang penyertaan adalah merupakan E-Borang yang terdapat dalam DK dan menjadi hak milik pihak Penganjur.

- Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat peraduan serta keputusan yang dibuat oleh Penganjur.

- Penganjur berhak untuk mengubah suai, membatalkan atau memansuhkan terma dan syarat peraduan, atas budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis.

- Setiap peserta wajib muat turun aplikasi Dashboard Komuniti dan aktif menggunakannya sepanjang menyertai peraduan ini.

- Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan polisi privasi kami.

- Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan petugas Pusat Internet di bawah seliaan Telekom Malaysia ™ berhampiran anda atau hubungi kami di 03-80682300.