Pandemik COVID-19 2019-20 ialah penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global yang diisytihar sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa. Ia berpunca daripada SARS-CoV-2 yang pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan di tengah China, dengan kelompok orang tempatan yang muncul dengan penderitaan radang paru-paru tanpa sebab yang jelas, yang dikaitkan terutamanya kepada pekerja yang bekerja di Pasar Borong Makanan Laut Huanan, yang juga menjual haiwan-haiwan hidup. Para saintis China kemudiannya mengasingkan keluarga koronavirus baru ini. Memberikan pertunjuk awal yang nCov-2019 memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus keserupaan dalam susunan genom kepada SARS-CoV.
Dengan perkembangan ujian PCR diagnostik tertentu untuk mengesan jangkitan, beberapa kes telah disahkan pada orang yang secara langsung dikaitkan dengan pasar Huanan dan mereka yang tidak berkaitan secara langsung dengannya. Sama ada virus ini mempunyai kemudaratan atau kerosakkan yang sama seperti SARS masih lagi tidak jelas. Tempoh inkubasi (masa dari pendedahan kepada gejala-gejala yang timbul) adalah antara 2 hingga 14 hari dan ia masih menular pada waktu ini. Gejala termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.