EKSPO TANI JOHOR KINI KEMBALI!....
KALI INI MENGGEGARKAN DAERAH PONTIAN, JOHOR!

Ekspo Tani Johor & Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc. Negeri Johor

🗓 26 hingga 28 Julai 2019
🕙 10 pagi - 10 malam
📌 Dataran Majlis Daerah Pontian

Antara aktiviti menarik untuk anda :

✅Hari Bertemu Pelanggan
✅Seminar Pertanian
✅Pertandingan Beyblade
✅ Pertandingan Nanas Manis
✅Pertandingan Layang-Layang
✅Pertandingan Mewarna
✅Pertandingan Masakan
✅Pertandingan Ukiran & Gubahan Nanas
✅Senam Sihat
✅Jualan Bazar Pertanian
✅Mini Zoo
✅Pameran Jabatan & Agensi Pertanian
✅Demostrasi Pertanian
✅Persembahan Artis Jemputan
✅Cabutan Nombor Bertuah
✅Pertandingan Karaoke

Jom seluruh warga Johor! Jom ke Pontian!

Kita ramai-ramai gegarkan Dataran Majlis Daerah Pontian bersempena Ekspo Tani Johor & Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc. Negeri Johor!

Maklumat lanjut boleh layari Page Facebook Agro Johor atau inforgrafik yang akan ditular dari masa ke semasa.

#ekspotanijohor
#pontian
 

            Taklimat Keusahawanan Online 2016 melalui Program Kenali Dashboard Komuniti telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pulai Sebatang pada 4 Disember 2016. Seramai 30 orang peserta program telah mengikuti taklimat tersebut yang telah diberikan oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Sg Pinggan, Benut.

     

     

 

Wednesday Ditch Farm & Resort yang terletak di Parit Wak Rabu, berhampiran Kampung Parit Dato Onn, Pulai Sebatang, kira-kira lima kilometer dari Bandar Pontian. Terkenal sebagai destinasi pelancong yang baru di daerah Pontian dengan menjalankan aktiviti menunggang kuda.

Dipunyai oleh Ir Azhar Bin Hj Jaafar dengan dibantu oleh anak beliau Didie Natasha dan Danny Iskandar yang juga merupakan atlet lumba kuda Pulau Pinang.

Di kelilingi kawasan perkampungan Melayu dengan pelbagai tanaman pertanian seperti kelapa sawit, kelapa, jagung di samping ternakan seperti lembu dan kambing kawasan peranginan tersebut menawarkan konsep percutian ekopertanian.

Resot ini juga merupakan lokasi yang baik untuk menganjurkan pelbagai jenis program seperti kem motivasi pelajar, menunggang kuda, memancing, berjalan mengelilingi kampung ke kawasan hutan paya bakau berhampiran dsbnya.

Diantara sekolah yang pernah mengadakan program di Resort ini ialah ; Sek Men Arab An-Nur Benut, Sek Keb TMIS(2) Pontian, Sek Maahad Pontian, Pendidikan Khas Sek SSI Kulai, SK Skudai Baru Kanak2 Pendidikan Khas dll.

Untuk maklumat & tempahan anda boleh hubungi & melayari laman web berikut ; https://www.facebook.com/WDFarmResort @ http://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review & http://wdfresort.blogspot.my/