Wednesday Ditch Farm & Resort yang terletak di Parit Wak Rabu, berhampiran Kampung Parit Dato Onn, Pulai Sebatang, kira-kira lima kilometer dari Bandar Pontian. Terkenal sebagai destinasi pelancong yang baru di daerah Pontian dengan menjalankan aktiviti menunggang kuda.

Dipunyai oleh Ir Azhar Bin Hj Jaafar dengan dibantu oleh anak beliau Didie Natasha dan Danny Iskandar yang juga merupakan atlet lumba kuda Pulau Pinang.

Di kelilingi kawasan perkampungan Melayu dengan pelbagai tanaman pertanian seperti kelapa sawit, kelapa, jagung di samping ternakan seperti lembu dan kambing kawasan peranginan tersebut menawarkan konsep percutian ekopertanian.

Resot ini juga merupakan lokasi yang baik untuk menganjurkan pelbagai jenis program seperti kem motivasi pelajar, menunggang kuda, memancing, berjalan mengelilingi kampung ke kawasan hutan paya bakau berhampiran dsbnya.

Diantara sekolah yang pernah mengadakan program di Resort ini ialah ; Sek Men Arab An-Nur Benut, Sek Keb TMIS(2) Pontian, Sek Maahad Pontian, Pendidikan Khas Sek SSI Kulai, SK Skudai Baru Kanak2 Pendidikan Khas dll.

Untuk maklumat & tempahan anda boleh hubungi & melayari laman web berikut ; https://www.facebook.com/WDFarmResort @ http://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review & http://wdfresort.blogspot.my/