Tuisyen Untuk Pelajar Tingkatan 5 Sek Men Ayer Baloi

 

                      

 YB Datuk Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Merangkap Ahli Parlimen Pontian, telah merasmikan Program Pengenalan Sistem Molluscure di Pangkalan Nelayan Ayer Baloi pada 10 April 2017. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong; penyelidik UTM, Dr. Abdul Rahim Mohd. Yusoff dan Pegawai Perikanan Daerah Pontian, Abd. Taib Jaafar.

Universiti Teknologi Malaysia di bawah penyelidik UTM, Dr. Abdul Rahim Mohd. Yusoff  telah menghasilkan Sistem Molluscure iaitu sejenis alat yang digunakan untuk menyingkirkan toksik daripada kerang, kupang dan tiram.

Daerah Pontian yang merupakan pengeluar kerang terbesar di negeri ini dengan anggaran pengeluaran kira-kira 1,000 tan metrik setahun melibatkan nilai jualan antara RM4 juta hingga RM5 juta, bergantung harga pasaran makanan laut berkenaan. Industri ini telah memberi manfaat kepada 250 nelayan pantai di beberapa kawasan seperti Ayer Baloi 1 dan 2, Tampok, Pulai Sebatang, Sanglang, Permas dan Kukup.

“Kemampuan sistem ini mampu memberikan keyakinan kepada orang ramai yang ragu-ragu untuk makan kerang, kupang dan tiram kerana berjaya menyahkan segala logam yang ada termasuk arsenik dalam hasil laut tersebut. “Anggaran pengeluaran makanan laut itu juga dijangka bertambah pada tahun ini, sekali gus meningkatkan pendapatan negara dan menambah pengeluaran hasil makanan negara pada masa depan.

 

  

  

  

 

 

Perhatian buat semua PEREKA GRAFIK di seluruh Malaysia!

Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016.

Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda! Juga terdapat hadiah mingguan bagi setiap tajuk.

Anda boleh pilih tajuk tema poster dan hantar karya anda pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut;

TEMA 1: SABAR SEBELUM SEBAR
Perkongsian Maklumat Palsu
(1 Sept – 15 Sept) 

TEMA 2: MANA ADAB?
Penggunaan Berhemah
(16 Sept – 30 Sept)

TEMA 3: SYURGA EKSPRESS?
Extremism
(1 Okt – 15 Okt)

TEMA 4: PERMATA HATIKU
Pelindungan Kanak-Kanak di Atas Talian
(16 Okt – 30 Okt)

TEMA 5: ANTARA PAHALA DAN DOSA
Perkongsian Maklumat
(31 Okt – 14 Nov)

TEMA 6: MENJAUHKAN YANG DEKAT
Ketagihan Internet
(15 Nov – 29 Nov)

Terdapat juga kategori peringkat sekolah, jadi sila TAG facebook sekolah anda atau terus tag Guru Besar anda

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, layari www.dakwahdigitalkdb.my

 

 

*Sambutan Maulidur Rasul 1438H *Masjid Pulai Sebatang* 

Tarikh : 30 Disember 2016 (Jumaat) & 31 December 2016 (Sabtu)

Bagi yang berhajat untuk menderma Program Maulidur Rasul 1438H Masjid Jamek Pulai Sebatang.

Boleh serahkan kepada Pengerusi Hj Jumaat bin Samat dan AJK Masjid atau boleh melalui akaun :

Bank Islam - 011080100006327 

Nama : Masjid Jamek Pulai Sebatang

Agenda Program :

30/12/16
Masa Selepas Solat Maghrib program Marhaban

31/12/16
Masa 7.30
- berkumpul di KKBN untuk Program Perarakan menuju ke Pt Dato Onn dan Balik semua ke
 Masjid Pulai Sebatang.

- Jamuan Sarapan Pagi.

- Program Khatam Berzanji. 

- Ceramah Agama oleh Ustaz Hj Hanafiah Bin Hj Abd Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor.

- Jamuan.

- Bersurai.

 

Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor telah diadakan pada 12 Disember 2016 bersamaan 12 Rabiulawal 1437H bertempat di Masjid Jamek Daerah Pontian. Pada tahun ini Daerah Pontian telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor.

Majlis sambutan telah di rasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku MahkotaJohor. Tunku Ismail bersama Menteri Besar dan tetamu yang lain mengetuai perarakan bersama 70 kontinjen bermula dari Taman Awam Tepi Laut Pontian ke Masjid Jamek Bandar Pontian.

“Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”