PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Digital Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah program pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital.

 

PERANAN PEDi ADALAH SEBAGAI PUSAT SEHENTI UNTUK :

  • Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
  • Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
  • Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

 

     Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti :

  • Latihan ICT.
  • Latihan keusahawanan.
  • Latihan multimedia.
  • E-pembelajaran.
  • Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro.
  • Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.

 

     Transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

       Di Pontian terdapat 10 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang telah ditubuhkan iaitu :

PEDi Sg Pinggan (Fasa Rintis)

Batu 1, Sungai Pinggan, No.2, Gerai JKKK, Kawasan Balairaya Kaw(4),

Mukim Sg. Pinggan, Jalan Parit Ibrahim, 82200 Benut, Pontian, Johor.

Tel : 011-10358571 (Mohd Adha-Pengurus) / 013-2081669 (Juliana-Pen. Pengurus)

 

PEDi Kg Pulai Sebatang (Fasa Satu)

Lot Kedai, Masjid Jamek Pulai Sebatang, 82100 Ayer Baloi, Pontian, Johor.

Tel : 019-3330019 (Mohd Fawzi-Pengurus) / 017-7017991 (Asiah-Pen. Pengurus)

 

PEDi Permatang Sepam (Fasa Satu)

No 2 & 3, Lot Kedai JKKK, Kg. Permatang Sepam, 82200 Benut, Pontian, Johor.

Tel : 013-7200353 (Aifa Huda-Pengurus) / 011-40464187 (Ikhmal-Pen. Pengurus)

 

PEDi Parit Selangor

Kompleks Penghulu Mukim Pontian, Kampung Parit Selangor,

Batu 32, 81500 Pontian, Johor.

Tel : 017-7327039 (Hilya Azah-Pengurus) / 017-5276706 (Siti Norhazwani-Pen. Pengurus)

 

PEDi Taman Nilam 

Balairaya Serbaguna Taman Nilam,

Jalan Nilam 6, Taman Nilam, 82000 Pontian, Johor.

Tel : 012-7570516 (Noraziah-Pengurus) / 011-16655282 (Aini-Pen. Pengurus)

 

PEDi Parit Sapran

KPS 28, Kampung Parit Sapran, 82010 Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor.

Tel : 019-7592655 (Roszita-Pengurus) / 013-9498618 (Zarina-Pen. Pengurus)

 

PEDi Bandar Permas

Kukup 82300 Pontian, Johor.

Tel : 017-7714330 (Amirah-Pengurus) / 010-4617710 (Hasanah-Pen. Pengurus)

 

PEDi Kg Rambah 

Dewan Serbaguna Taman Rambah, 82000 Pontian, Johor.

Tel : 014-9888501 (Intan-Pengurus) / 010-6656290 (Nani-Pen. Pengurus) 

  

PEDi Pekan Nenas 

Kg Baru, 81550 Pekan Nenas, Johor.

Tel : 013-4285414 (Nuranisah-Pengurus) / 017-7363671 (Kamaruzzaman-Pen. Pengurus)

   

PEDi Tanjung Piai  

Kg Serkat, 82300 Kukup, Johor

Tel : 010-7067391 (Zakiy-Pengurus) / 011-73156201 (Wanie-Pen. Pengurus)