Rakyat Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Dalam usaha menerapkan budaya norma baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak itu, Kempen Kesedaran COVID-19 akan dilancarkan di seluruh negara.

"Pertandingan itu pula memberi peluang dan ruang kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam mahupun luar negara, untuk menzahirkan kreativiti mereka," 

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000 yang akan disampaikan oleh Muhyiddin.

Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati dari laman sesawang KKMM: www.kkmm.gov.my atau laman web Jabatan Penerangan Malaysia: www.penerangan.gov.my.