PERTANDINGAN FOTO & VIDEO PENDEK 2018 #SayangMalaysia #MyDestination #MyNBOS

OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA (KPK)

   Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.

   Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.

   Peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination serta (mengikut setiap subtema yang dipilih).
Peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 mengikut subtema & tarikh yang telah ditentukan.

1 - #MyCuisine - Jan hingga Feb (berakhir 28 Feb 2018

-#MyDestination - Mac hingga April

3 - #MyCulture - Mei hingga Jun

4 - #MyShopping - Julai hingga Ogos

5 - #MyHeritage - September hingga Oktober

6 - #MyFamilyFun - November hingga Disember

KELAYAKAN PENYERTAAN
• Peraduan Foto dan Video Pendek ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.
• Peserta wajib follow Platform Media Sosial Rasmi MOTAC untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini. Peserta juga perlu share/repost post hebahan di platform media sosial MOTAC serta tag 5 orang friend di post tersebut.

Sebarang kemusykilan boleh rujuk di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia