Memiliki minat dalam bidang fotografi telah membuka langkah kepada Tn Hj Mohd Buhari Bin Bachok @ Mohd Yunus untuk memulakan perniagaan perkhidmatan fotografi dengan menubuhkan Syarikat Pulai’s Video. Sebagai langkah pertama pada awal tahun 2012 beliau telah mempromosikan perniagaan beliau di Facebook, sambal mendapat tunjuk ajar petugas di Pusat Internet 1Malaysia Kg Pulai Sebatang.

Petugas Pusat Internet 1Malaysia telah memperkenalkan kepada beliau Program ‘Get Malaysian Business Online’ (GMBO) bagi membolehkan perniagaan beliau memuat naik maklumat perniagaan dilaman web yang telah disediakan seterusnya mempromosikan dan memasarkan perniagaan secara online.

Dengan adanya program GMBO ini beliau telah memiliki laman web perniagaan yang lebih efektif dalam pemasaran. Hasilnya jumlah permintaan untuk perkhidmatan videografi meningkat dan seterusnya turut menambah pendapatan beliau. Jika sebelum ini beliau hanya memperolehi RM6,500 sebulan secara kasar, kini pendapatan beliau boleh mencecah sehingga RM12,500 sebulan. Pendapatan beliau lebih meningkat apabila tibanya musim cuti persekolahan kerana lebih banyak majlis yang berlangsung yang memerlukan perkhidmatan fotografi beliau.

Perkhidmatan fotografi Hj Mohd Buhari boleh melayari laman web di : www.pulaisvideo.com & https://www.facebook.com/pulais.videos