Nurul Nabila Madio dlahirkan pada 12 May 2000 di Ayer Baloi dan kini berusia 19 tahun. Merupakan anak ke 4 daripada 5 orang adik beradik yang terdiri daripada 3 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Sedang menyambung pengajian di Kolej Tingkatan 6 Pontian dan akan menduduki peperiksaan STPM 2019. Bercita-cita ingin menjadi seorang Guru Tadika bagi membantu keluarganya yang serba serdahana. Bapanya bekerja sendiri manakala ibunya seorang suri rumah tangga

Sebelum menjadi ahli pusat Internet Kg Pulai Sebatang Nurul Nabila seorang pelajar yang kurang pendedahan dalam bidang ICT. Ini disebabkan keluarganya yang berpendapatan sederhana tidak membolehkan beliau mengikuti latihan komputer di luar yang mengenakan kadar bayaran yang tinggi. Apabila beliau memasuki Tingkatan 1 di sekolah menengah kemahiran penggunaan komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru amatlah penting. Beliau hanya mengharapkan bantuan mempelajari komputer dari guru-guru dan rakan-rakan yang berkebolehan dalam bidang ICT sahaja. Beliau hanya dapat menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah.

Nurul Nabila mula menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pulai Sebatang pada 24 Disember 2012. Beliau mula berjinak-jinak dengan mengikuti dan mempelajari pelbagai ilmu berkaitan dengan komputer seperti Asas Komputer, Asas Internet, Microsoft Office, movie Maker dan sebagainya yang diadakan secara percuma bagi komuniti setempat. Beliau yang merupakan seorang pelajar yang sangat komited dalam pembelajarannya menggunakan peluang yang sedia ada di pusat internet ini untuk mempelajari dan menimba ilmu penggunaan ICT dengan lebih mendalam lagi.