Puan Sharifah Binti Abdul Rahim merupakan seorang yang berkeluarga dan mempunyai 5 orang anak. Suaminya bekerja di sektor swasta, jadi untuk menampung kos kehidupan beliau telah mula berniaga secara kecil-kecilan pada awal tahun 2017. Pada mulanya beliau menghantar kuih-muih untuk jualan di restoran berdekatan Kg Pulai Sebatang. Di samping itu waktu pagi beliau bekerja sebagai pembantu guru di Tadika Kemas Pulai Sebatang. Di sekitar awal tahun 2018 beliau bersama kakak iparnya telah membuka warung makanan di Kg Pulai Sebatang yang menjual sarapan pagi dan makanan tengahari.

Pendapatan bulanan semasa menjual kuih-muih secara kecil-kecilan di restoran adalah sekitar RM 700 hingga RM 900.

Hasil pendedahan melalui media sosial dan ICT yang diikuti di Pi1M Kg Pulai Sebatang kini perniagaan Puan Shariafah telah meningkat dengan pendapatan antara RM 1,400 – RM 1,800