Latar belakang

Noor Syahida merupakan bekas pelajar lepasan SPM di Maktab Rendah Sain Mara Tun Dr Ismail, Pontian. Memperolehi keputusan 5A didalam peperiksaan SPM pada tahun 2016. Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Engineering di UITM Pasir Gudang, Johor. Beliau merupakan anak ke 3 dari 5 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan.Bapanya bekerja di Syarikat Ng Si Bu sebagai pemandu manakala ibunya surirumah sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

15 September 2011 ketika berusia 12 tahun Noor Syahida telah menjadi ahli PI1M. Semenjak menjadi ahli, Noor Syahida kerapkali datang ke PI1M untuk menggunakan komputer bagi mencari maklumat & menyiapkan kerja kursus yang diarahkan oleh guru-guru. Disamping itu Noor Syahida juga cuba melapangkan & memanafatkan masa apabila cuti untuk mengikuti latihan pembelajaran ICT & aktiviti-aktiviti yang melibatkan PI1M. Latihan ICT yang telah dihadiri seperti MS Word, MS Excel, MS Power Point, Bengkel Membaiki Komputer dsbnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Noor Syahida banyak mempelajari & mendapat tunjuk ajar dari petugas-petugas PI1M dalam menggunakan komputer & internet yang betul. Disamping itu juga beliau turut mengisi masa lapang dengan mengakses internet di PI1M Kg Pulai Sebatang bagi mengikuti mendapatkan infomasi dan maklumat terkini dari dalam dan luar negeri yang boleh dijadikan sumber ilmu. Beliau juga turut mengisi permohonan secara dalam talian kemasukkan ke IPTA di PI1M Kg Pulai Sebatang. Sementara menunggu untuk menyambung pengajiannya Noor Syahida tidak mahu membuang masa begitu sahaja tetapi menggunakan kesempatan sebelum menyambung pengajiannya untuk turut serta terlibat dengan aktiviti-aktiviti PI1M termasuk program Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) di PI1M Kg Pulai Sebatang anjuran Suruhanjaya Komunikasi & Mulimedia Malaysia (MCMC). Noor Syahida merupakan salah seorang Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) Kg Pulai Sebatang telah turut serta bersama petugas-petugas PI1M bagi membantu & mendidik komuniti menjadi rakyat digital yang mampu memajukan & menghasilkan aplikasi dan perkhidmatan ICT yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian.