Latar belakang

Nur Atiqah merupakan bekas pelajar lepasan SPM di Sek Men Keb Ayer Baloi. Dengan memperolehi 6A didalam peperiksaan SPM yang lepas. Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengurusan Ladang di UITM Jasin, Melaka. Beliau merupakan anak ke 2 dari 4 orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Bagi mengisi masa lapang sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM yang akan diumumkan pada bulan Mac nanti Nur Atiqah telah datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pulai Sebatang untuk mempelajari dan menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT. Kemahiran yang sedikit dalam bidang ICT telah membuatkan Nur Atiqah ingin mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi dan seterusnya dapat memberi manafaat yang berguna kepadanya apabila melanjutkan pelajaran ke IPTA suatu hari nanti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Bermula awal Januari 2017, Nur Atiqah mula mengikuti kelas-kelas ICT bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang ditawarkan oleh PI1M Kg Pulai Sebatang seperti Kelas Microsoft Word, MS Excel, MS Power Point, Kelas Intel, Taklimat Klik Dengan Bijak dan sebagainya. Beliau juga turut melibatkan diri dengan program-program Dashboard Komuniti di PI1M Kg Pulai Sebatang. Nur Atiqah juga dapat mempelajari penggunaan komputer & internet dengan cara yang betul bersama petugas-petugas PI1M Kg Pulai Sebatang. Disamping itu juga beliau turut mengisi masa lapang dengan mengakses internet di PI1M Kg Pulai Sebatang bagi mengikuti mendapatkan infomasi dan maklumat terkini dari dalam dan luar negeri yang boleh dijadikan sumber ilmu. Beliau juga turut mengisi permohonan secara dalam talian kemasukkan ke IPTA di PI1M Kg Pulai Sebatang.  Sepanjang beliau baru menjadi Ahli hingga kini, beliau telah dapat menggunakan segala kemudahan yang terdapat di PI1M Kg Pulai Sebatang dengan sebaik-baiknya.