Saudara Hasrul Bin Khalidi adalah usahawan muda yang sudah menceburi dalam pelbagai jenis perniagaan. Walaupun ada turun naik sesuatu perniagaan tidak pernah mematahkan semangat usahawan muda ini untuk terus berniaga. Kini beliau mengusahakan perniagaan keropok lekor cheese dan lekor chips cheese.

Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Pendapatan kasar bulanan adalah sekitar RM 700  ke 800.

Dengan pembelajaran kendiri dan kelas ICT yang diikuti oleh saudara Hasrul di Pi1M Kg Pulai Sebatang memberi manfaat dalam meluaskan pemasaran jualan produk keropok lekor cheese. Hasil penggunaan ICT seperti Facebook https://www.facebook.com/arul.xtravaganza dan Whatsapp kini pendapatan jualan produk beliau meningkat sekali ganda dan kadang-kala boleh mencecah sehingga RM 2,000