Mengusahakan perniagaan Popia Nestum dan Popia Koko. 2 produk ini dihasilkan oleh isteri beliau. Disamping itu turut memasarkan Burasak dan Lepot Loi yang dihasilkan dari air tangan ibundanya.

Saudara Azrul adalah usahawan muda yang baru memulakan perniagaannya sekitar penghujung 2016. Beliau sudah mendirikan rumahtangga, yang kini isterinya menghasilkan sendiri popia nestum dan popia koko.

Pendapatan bulanan adalah sekitar RM 800 ke RM 9000. Namun setelah memasarkan produk perniagaan di sosial media terutamanya di facebook peningkatan jualan popia nestum adalah yang positif. Kini pendapatan setelah menggunakan sosial media sekitar RM 1,200 ke RM 1,500.